Harian Metro

Penjenayah mati samun RM12 juta

-

Kuala Lumpur: Lelaki warga Afrika yang ditembak mati di Jalan Memanda, Ampang, Selangor, Jumaat lalu adalah ahli sindiket samun dan penipuan pertukaran mata wang asing membabitka­n kerugian lebih RM12 juta sejak dua tahun lalu.

Sindiket dipercayai aktif sejak 2016 itu dipercayai menjadikan penduduk tempatan yang ingin menukarkan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) kepada mata wang negara ini dalam kadar tinggi sebagai sasaran mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, selain suspek berusia 30-an yang ditembak mati pihaknya turut memberkas dua lagi ahli sindiket berkenaan iaitu warga Afrika dan Arab untuk siasatan lanjut.

“Dalam kes ini, mangsa hendak menukarkan AS$150,000 (RM595,800) milik syarikatny­a kepada mata wang negara ini dengan nilai tukaran lebih tinggi bertemu seorang lelaki tempatan yang memperkena­lkannya dengan seorang lagi lelaki warga Arab.

“Mereka bertemu di bangunan Intermark, Jalan Tun Razak, sebelum menaiki kereta Toyota Vios berwarna hitam dipandu lelaki Arab berkenaan, hendak bertemu seorang lelaki Arab lain di Bukit Bintang,” katanya.

Beliau berkata, lelaki Arab terbabit sebaliknya membawa mangsa ke kawasan sunyi di Jalan Damai, sebelum memberhent­ikan kereta dengan alasan mahu melihat wang milik mangsa yang diletakkan dalam beg komputer riba.

“Pada masa sama, empat lelaki Afrika yang menaiki kereta lain mengekori mereka sebelum membuka pintu belakang dan berlaku pergelutan selepas suspek merampas beg mengandung­i wang tunai berkenaan dan melarikan diri,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Menurut Mazlan, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubung­i pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Izzat Mohd Shukri di talian 018-2684412.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia