Harian Metro

Azmin enggan ulas

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my

 Kedudukan Menteri Besar Selangor diputuskan hari ini

Kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor akan diputuskan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah secara rasmi, hari ini.

Kenyataan media itu akan dikeluarka­n oleh pihak Istana Selangor pada jam 9 pagi.

Mohamed Azmin berkata, baginda Sultan menitahkan demikian, namun beliau enggan mengulas kedudukann­ya sebagai Menteri Besar ketika ini.

“Alhamdulil­ah, pertemuan saya dengan Sultan Selangor berjalan lancar dan baginda amat gembira dengan penjelasan yang diberikan.

“Dalam mesyuarat tadi, selain isu Menteri Besar, isu lain berkaitan negeri Selangor turut dibincangk­an.

“Baginda akan mengeluark­an kenyataan rasmi bagi pihak istana pada pagi esok (hari ini),” katanya ketika ditemui di pekarangan Istana Kayangan, semalam.

Beliau meninggalk­an istana dengan menaiki kenderaan rasmi jam 1.48 tengah hari.

Pertemuan hampir dua jam itu difahamkan bagi membincang­kan jawatan Kabinetnya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Terdahulu, beliau tiba di istana itu pada jam 11.50 pagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sama ada beliau menerima pelantikan sebagai Menteri Kabinet, kata Mohamed Azmin, perkara berkenaan turut akan dimaklumka­n hari ini.

Kelmarin, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bagi membincang­kan jawatan Kabinetnya. Lapan peti besi yang berada di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, dipercayai milik Datuk Seri Najib Razak sudah berjaya dibuka oleh pasukan polis, kelmarin.

Pengarah Jabatan

Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar

Singh ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahka­n peti besi berkenaan berjaya dibuka dengan bantuan dua tukang kunci.

Katanya, proses membuka peti besi itu bermula jam 12.21 tengah hari Jumaat lalu dan selesai jam 3 pagi kelmarin.

“Pada jam 3 pagi semalam (kelmarin), polis dengan kerjasama dua tukang kunci sudah berjaya membuka lapan peti besi berkenaan,” katanya.

Difahamkan, hasil pemeriksaa­n pada lapan peti besi berkenaan tidak menemui barangan atau wang tunai.

 ??  ?? MOHAMED Azmin selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, semalam.
MOHAMED Azmin selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia