Harian Metro

Ambil masa enam jam berbincang mahu berpisah

-

Kuala Lumpur: Pelakon Nazim Othman dan bekas isteri, Bella Dally mengambil masa enam jam untuk berbincang dari hati ke hati berhubung keputusan untuk bercerai baru-baru ini.

Nazim berkata, perbincang­an dibuat sehari sebelum dia terbang ke Kota Kinabalu, Sabah bagi memfailkan perceraian mereka.

Perkara itu dikongsika­n Nazim dengan memuat naik gambar bersama Bella di Instagram miliknya.

“Segala kesedihan, punca perpisahan serta hal yang berlaku adalah lebih baik hanya kami berdua yang simpan.

“Kami menerima ketentuan ini dengan lapang dada dan bersetuju untuk tidak mensensasi­kan topik ini kepada umum,” katanya.

Menurut Nazim, mereka menghargai setiap nasihat, tetapi keputusan itu dibuat selepas membuat solat istikharah.

“Kuncinya adalah reda. Walaupun ia keputusan yang berat dan amat menyedihka­n, tapi saya percaya Allah menghantar setiap ujian itu kepada hamba-Nya yang kuat. Kami percaya perpisahan adalah jalan terbaik.

“Sesungguhn­ya, Allah sebaik-baik perancang. Jadi kepada anda semua teruskan hidup dengan tenang dan positif.

Semoga Allah sentiasa mengasihan­i kita,” tulisnya.

Terdahulu, Nazim dan Bella mengesahka­n mereka sudah bercerai menerusi kenyataan di Instagram pada 17

Mei lalu.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016 dan mereka belum dikurniaka­n cahaya mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia