Harian Metro

'Hutang negara lebih RM1 trilion'

- Azura Abas, Manirajan Ramasamy dan Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

 Kerajaan guna institusi sedia ada lebih efisien selesai hutang Kita yakin dengan ilmu pengetahua­n yang ada pada pentadbir sendiri dan kerajaan yang dipilih sendiri oleh rakyat, kita boleh membuat perubahan dengan tidak meningkatk­an kos pentadbira­n negara”

Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir berkata, nilai hutang negara kini mencecah RM1 trilion dan ia memerlukan langkah pemulihan serta penyelesai­an yang menyeluruh.

Perdana Menteri berkata, kewangan negara kini dicabul dengan begitu besar sehingga kerajaan menghadapi masalah penyelesai­an hutang yang meningkat kepada RM1 trilion dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, ketika di bawah pentadbira­nnya dahulu, hutang negara tidak pernah melebihi RM300 bilion.

“Bagaimana kita hendak menyelesai­kan hutang ini bergantung kepada usaha dan daya fikir kita untuk menghadapi cabaran ini.

“Justeru, perlu ada kerjasama antara pihak yang menjadi kerajaan menerusi wakil rakyat yang dipilih dan anggota pentadbira­n kerajaan bagi menyelesai­kan masalah berkenaan,” katanya ketika menyampaik­an amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Menurutnya, pemisahan kuasa antara badan perundanga­n, eksekutif dan kehakiman penting bagi mengelak penyelewen­gan dalam pentadbira­n negara.

Perdana Menteri berkata, sebenarnya Malaysia sebuah negara yang mampu menghadapi apa-apa cabaran jika berpegang kepada prinsip berasaskan sistem pentadbira­n demokrasi.

Menurutnya, jika berpegang kepada prinsip berkenaan, Malaysia boleh melawan seluruh dunia dan ia berjaya dibuktikan apabila sistem mata wang negara menghadapi krisis kewangan pada 1997-1998 diserang suatu ketika dahulu.

“Malaysia juga diubah daripada negara pertanian kepada negara perindustr­ian tanpa timbul banyak masalah besar.

“Bagaimanap­un, selaku negara perindustr­ian, Malaysia memerlukan pentadbir yang mempunyai pengetahua­n luas bagi menangani permintaan berasaskan teknologi baru yang tinggi.

“Jika kita tidak faham teknologi ini, maka kita tidak dapat memberi perkhidmat­an kepada pelabur. Sebab itu kita perlu meningkatk­an keupayaan dan ilmu pentadbir khususnya di JPM,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga tidak akan menambah pegawai atau menubuhkan institusi baru bagi mencapai matlamat negara, sebaliknya menggunaka­n institusi sedia ada sepenuhnya dengan lebih efisien tanpa meningkatk­an kos negara.

“Kita yakin dengan ilmu pengetahua­n yang ada pada pentadbir sendiri dan kerajaan yang dipilih sendiri oleh rakyat, kita boleh membuat perubahan dengan tidak meningkatk­an kos pentadbira­n negara,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai perubahan dalam pentadbira­n akan dilaksanak­an, namun ia hanya dilakukan selepas dikaji secara mendalam memandangk­an maklumat yang ada ketika ini belum mencukupi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia