Harian Metro

KABINET MALAYSIA BAHARU

- BERNAMA

Kuala Lumpur

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai barisan 13 anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara semalam. Istiadat itu yang berlangsun­g di Singgahsan­a Kecil turut disaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Istiadat berkenaan bermula pada 5.45 petang dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga.

Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama di negara ini.

Dr Wan Azizah melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatan­gani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Turut mengangkat sumpah berkenaan ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Anggota Parlimen

Simpang Renggam Dr Maszlee Malik pula mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan, anggota Parlimen Titiwangsa Rina Mohd Harun (Menteri Pembanguna­n Luar Bandar), Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi), Ketua Wanita

PKR Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke (Menteri Pengangkut­an).

Turut mengangkat sumpah ialah Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Naib Pengerusi DAP M. Kulasegara­n (Menteri Tenaga Manusia), Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani) dan Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).

Mereka masing-masing turut menandatan­gani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Raus dan Ali.

Istiadat itu berakhir dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir, 93, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksika­n tamatnya pemerintah­an 61 tahun Barisan Nasional.

Dr Mahathir dijangka menamakan anggota Kabinet yang seterusnya secara berperingk­at.

Selepas istiadat itu, Dr Mahathir dan anggota Kabinet dijadual menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama Yang di-Pertuan Agong.

 ??  ??
 ??  ?? DR Wan Azizah AZMIN, Rina dan Dr Maszlee ketika mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh Menteri-Menteri Persekutua­n.
DR Wan Azizah AZMIN, Rina dan Dr Maszlee ketika mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh Menteri-Menteri Persekutua­n.
 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong menyerahka­n Surat Cara Pelantikan sebagai Menteri Pengangkut­an kepada Anthony Loke Siew Fook.
YANG di-Pertuan Agong menyerahka­n Surat Cara Pelantikan sebagai Menteri Pengangkut­an kepada Anthony Loke Siew Fook.
 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong menyerahka­n Surat Cara Pelantikan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia kepada Gobind Singh.
YANG di-Pertuan Agong menyerahka­n Surat Cara Pelantikan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia kepada Gobind Singh.
 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong menyerahka­n Surat Cara Pelantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi kepada Azmin.
YANG di-Pertuan Agong menyerahka­n Surat Cara Pelantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi kepada Azmin.
 ??  ??
 ??  ?? DARI kanan, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu membaca lafaz Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri-Menteri Persekutua­n.
DARI kanan, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu membaca lafaz Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri-Menteri Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia