Harian Metro

2 sahabat lemas bersama

 Lelaki selamatkan rakan lemas ketika menjala ikan di lombong turut temui ajal

- Mohd Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Dua sahabat mati serentak selepas mayat kedua-dua mereka ditemui lemas di lombong dekat Taman La Cottage Putra Perdana di sini, awal pagi semalam.

Mayat mangsa berasal dari Sabah dan Sarawak itu ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang menjalanka­n operasi mencari mangsa sekitar jam 1 pagi di lokasi kejadian.

Ketua Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor, Mohd Nurizawan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.49 petang kelmarin daripada seorang saksi kejadian.

“Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya bergegas ke lokasi kejadian. Tujuh anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut dihantar untuk memberi bantuan.

“Mayat kedua-duanya lelaki masing-masing berusia 31 dan 40 tahun itu ditemui selepas tujuh jam operasi dijalankan dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n maklumat, mangsa ke lombong berkenaan untuk menjala ikan sebelum jala mereka tersangkut.

“Seorang daripada mereka menyelam namun dipercayai lemas sebelum mangsa kedua terjun menyelamat­kan rakannya. Bagaimanap­un mangsa kedua turut lemas,” katanya.

Difahamkan mangsa dikenali sebagai Edwrick Mojutil, 31, dan Musa Na, 40, masing-masing berasal dari Kampung Lajong, Kudat, Sabah dan Sungai Asap, Belaga, Sarawak.

“Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan berhubung punca kejadian dan kematian.

“Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, ” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa.
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa.
 ??  ?? PASUKAN penyelamat mencari mangsa lemas di lombong berhampira­n Taman La Cottage Putra Perdana, Cyberjaya.
PASUKAN penyelamat mencari mangsa lemas di lombong berhampira­n Taman La Cottage Putra Perdana, Cyberjaya.
 ??  ?? EDWRICK
EDWRICK
 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia