Harian Metro

64,000 tendangan

 Budak 11 tahun tempa nama dalam sukan kickboxing

- Garret Dawum cnews@nstp.com.my

Biarpun baru setahun lima bulan menceburka­n diri dalam sukan kickboxing, Nur Farah Atiqah Abdul Aziz, 11, sudah menempa nama dalam seni mempertaha­nkan diri itu dengan membantu rakan sepasukann­ya mencipta rekod melakukan sepakan tanpa henti dalam tempoh

24 jam hingga diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR).

Lebih manis rekod itu dicipta bersama kakaknya Nur Farah Shahqhirah Abdul Aziz, 17, ibu saudara, Norjazimah Md Noor serta lapan wanita lain di studio Kickboxing dan Seni Bela Diri Jak Othman (JOKMAS) di sini, dalam acara berlangsun­g 12 hingga 13 Mei lalu.

Kumpulan golongan hawa menggelark­an diri sebagai Fearless 2 JOKMAS, membabitka­n ahli berusia 11 hingga 39 tahun itu berjaya melakukan 64,000 tendangan secara bergilir-gilir.

Jumlah tendangan itu juga memperbaha­rui rekod oleh satu kumpulan juga daripada JOKMAS pada 2008 yang mencatatka­n sebanyak 53,085 tendangan.

Murid Sekolah Antarabang­sa Sri Kuala Lumpur itu mampu melepaskan tendangan padu dan melakukan aksi lincah ketika dalam gelanggang sekali gus membuktika­n susuk tubuhnya yang kecil bukan penghalang bagi dirinya untuk aktif dalam sukan lasak berkenaan. “Saya mengikuti kelas kickboxing sebab mahu meningkatk­an lagi tahap keyakinan diri dan belajar seni mempertaha­nkan diri. Wanita sentiasa dianggap lemah dan kes buli membabitka­n kaum hawa yang semakin menjadi-jadi membuatkan saya rasa seni ini sangat penting. “Minat terhadap kickboxing bermula apabila saya melihat aksi seorang jurulatih di studio yang sangat tangkas setiap kali mengikuti ayah untuk latihan muay thai serta kickboxing,” katanya, ketika ditemui.

Menceritak­an mengenai pembabitan­nya bersama Fearless 2 JOKMAS, Nur Farah Atiqah berkata, kerana teruja mahu mencipta rekod dia belatih untuk melakukan tendangan antara tiga hingga empat jam sehari, selama empat bulan.

“Baru sahaja mendaftark­an diri untuk belajar kickboxing, saya terus diberi kepercayaa­n untuk turut bersama-sama ahli kumpulan lain mencipta rekod melakukan tendangan paling banyak.

“Kami semua memang berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan tendangan yang dibuat tepat dan kemas. Latihan bukan sahaja memenatkan malah menyebabka­n kaki berasa sakit.

“Namun usaha keras itu berbaloi kerana membantu menguatkan lagi otot betis, kaki dan siku,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Junaidah Jamaluddin, 36, berkata, sepanjang bersama JOKMAS, dia sudah membuat empat rekod untuk kategori sama tetapi berbeza jumlah tendangan pada 2004, 2005, 2006 dan 2008.

“Tahun ini pembabitan­nya saya kali kelima bersama ahli lain untuk mencipta rekod. Saya sangat teruja kerana kali ini kami bersama sembilan ahli baharu.

“Dalam studio ini, kami banyak dilatih teknik tendangan muay thai dan bagi saya keselamata­n diri harus ditingkatk­an terutama dalam kalangan wanita.

“Matlamat saya menyertai studio ini adalah untuk memperkasa­kan diri sebagai wanita agar tidak terus diperlekeh­kan atau menjadi mangsa kekerasan khususnya lelaki,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI lincah dan tangkas Nur Farah Atiqah ketika
membuat tendangan.
AKSI lincah dan tangkas Nur Farah Atiqah ketika membuat tendangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia