Harian Metro

4 PENYIASAT 1MDB

Pasukan Khas Siasatan 1MDB diketuai bersama empat tokoh penguatkua­saan dan undang-undang yang ditubuhkan semalam akan membuat pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan penyelewen­gan dalam pengurusan syarikat berkenaan

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

 Dipertangg­ungjawab jejak dan kembalikan aset Malaysia

Kerajaan mengumumka­n penubuhan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kes 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini, semalam berkata Pasukan Khas Siasatan 1MDB itu akan membuat pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat berkenaan.

Mengikut PMO, pasukan khas berkenaan ditubuhkan selepas dipersetuj­ui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasukan khas itu akan diketuai bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

“Keanggotaa­n pasukan ini terdiri daripada SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

“Pasukan khas ini akan bertanggun­gjawab dalam keseluruha­n aspek penyelaras­an siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewen­gan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara,” kata PMO.

PMO juga memaklumka­n, pasukan khas itu juga bertanggun­gjawab untuk mendapatka­n kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkua­saan Amerika Syarikat, Switzerlan­d, Singapura, Kanada dan negara-negara lain yang berkaitan.

“Kerajaan berharap penubuhan pasukan khas ini dengan pembabitan pelbagai agensi penguatkua­saan akan berupaya mengembali­kan maruah negara yang tercemar selama ini selain mengembali­kan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokras­i hasil salah laku dan penyelewen­gan dana 1MDB,” kata kenyataan itu.

 ??  ?? TAN SRI Abdul Gani Patail
TAN SRI Abu Kassim Mohamed
DATUK SERI Mohd Shukri Abdull
DATUK Abdul Hamid Bador
TAN SRI Abdul Gani Patail TAN SRI Abu Kassim Mohamed DATUK SERI Mohd Shukri Abdull DATUK Abdul Hamid Bador
 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Gani keluar dari Menara Ilham selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan.
ABDUL Gani keluar dari Menara Ilham selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia