Harian Metro

Sempat jawab salam sebelum cuba lolos

-

Setar: Suami isteri warga Indonesia yang terkejut rumah sewa mereka di Kampung Alor Malai di sini diserbu penguat kuasa, sempat menjawab salam sebelum cuba melarikan diri menerusi pintu belakang.

Dalam Op Mega 2.0 Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), jam 1 pagi semalam, pasangan terbabit bergegas untuk keluar sebaik mendapati orang yang mengetuk pintu depan dan memberi salam adalah penguat kuasa.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, suami isteri berusia lingkungan 30-an itu bagaimanap­un gagal lolos selepas ditahan anggotanya yang sudah menunggu di pintu belakang rumah.

Katanya, mereka adalah antara empat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi se- lama tiga jam bermula 11 malam, kelmarin.

“Pemeriksaa­n awal ke atas mereka mendapati kedua-duanya melakukan kesalahan menetap lebih masa di negara ini.

“Kami juga memeriksa 59 warga asing pelbagai kerakyatan sepanjang berlangsun­gnya operasi di 11 rumah sewa sekitar bandar raya ini.

“Kami menahan empat orang iaitu suami isteri itu dan dua lelaki warga Myanmar berusia antara 19 dan 48 tahun,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, warga Myanmar terbabit diberkas ketika pemeriksaa­n di rumah sewa dekat Kampung Gunung Sali selepas mendapati kedua-duanya menggunaka­n kad Pesuruhjay­a Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu untuk mengaburi penguat kuasa.

 ??  ?? PASANGAN suami isteri yang dicekup.
PASANGAN suami isteri yang dicekup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia