Harian Metro

28 LAUK-PAUK LARIS!

-

Izan Zalikha saji masakan tradisiona­l Melayu mampu penuhi selera pelanggan

memantau kami melakukan tugas memasak lauk.

“Sekarang saya bersama adik-beradik lain meneruskan perniagaan menjual aneka makanan legasi resipi ibu,” katanya yang juga salah seorang peserta program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Katanya, dia mengetahui mengenai Coca-Cola KU, selepas terbaca kempen program berkenaan menerusi promosi dibuat di akhbar Harian Metro.

Gadis itu berkata, selain membuka gerai di pasar malam dan bazar Ramadan, mereka juga mengusahak­an Restoran Jelapang Padi terletak berhadapan Balai Polis Sungai Plong, Sungai Buloh yang popular dengan hidangan kari kepala ikan.

Manakala di gerai, Izan Zalikha dibantu kakaknya Izyan Zayana, 27, tunangnya Mohammad Zulhilmi, 30, selain saudaranya Umi Kalsom Mustafa, 18.

Menurutnya, dia bersyukur kerana dipilih sebagai peserta program 5by20 yang banyak membantuny­a dalam melakukan penjenamaa­n produk dan merangka strategi pemasaran.

“Saya berasa bertuah kerana dapat belajar daripada pengendali produk minuman terkemuka dunia. Sebelum ini, kami berdepan masalah untuk mempopular­kan juadah sebab ada antara pelanggan tak mahu mencuba.

“Kempen Coca-Cola KU membantu kami mempamerka­n 28 jenis lauk-pauk dijual dengan cara lebih kreatif hingga semakin ramai pelanggan mahu cuba berbanding sebelum ini,” katanya.

Antara lauk-pauk dijual ialah rebung, terung, siput sedut,hati masak pedas, ikan dengan pelbagai jenis masakan, nasi tomato, ayam masak merah, ayam rendang, kurma daging dan gulai kawah.

“Nasihat saya kepada wanita yang ingin berniaga mencari rezeki halal untuk keluarga ialah jangan malu dan kikis sifat berputus-asa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia