Harian Metro

Shukri mula kerja tepat jam 10.25 pagi

-

Putrajaya: Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull memulakan tugasnya secara rasmi, semalam.

Beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini, pada jam 10.25 pagi dan disambut Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki serta pegawai kanan dan kakitangan SPRM lain.

Mohd Shukri kemudian memasukkan kad perakam waktu tepat jam 10.29 pagi bagi menandakan permulaan tugasnya.

Ketika menemui media selepas itu, beliau berkata, satu taklimat khas akan diadakan untuk media hari ini.

“Esok (hari ini) akan ada taklimat untuk media, saya akan berkongsi cerita menarik dengan media mengenai pengalaman saya,” katanya.

Ditanya perasaanny­a kembali bertugas di SPRM, Mohd Shukri menganggap ia sebagai satu cabaran sukar, namun tanggungja­wab diberikan perlu dilaksana dengan sebaiknya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM yang baru menggantik­an Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Difahamkan, Mohd Shukri sudah menerima perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menerusi satu surat yang diserah kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, semalam.

Mohd Shukri berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir dipegang oleh beliau adalah Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia