Harian Metro

Bayar RM31 bilion setahun

-

Kuala Lumpur: Kerajaan terpaksa berdepan dengan pembayaran semula hutang berjumlah RM30 hingga RM31 bilion setahun, jika jumlah hutang negara dianggarka­n RM1 trilion.

Penganalis­is Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, menyifatka­n angka berkenaan adalah jumlah besar dan perlu diberi perhatian kerana memberi risiko tinggi untuk membayar semula hutang itu.

“Apa yang boleh kita lihat ketika ini, walaupun hutang luar negara Malaysia kini lebih RM800 bilion, namun ia hanya hutang kerajaan Persekutua­n iaitu 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Bagaimanap­un angka sekarang ini (RM1 trilion) adalah hutang yang mungkin ditanggung oleh jaminan dan bon kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emiratus Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata pihaknya tidak boleh memberikan jumlah sebenar

hutang yang ditanggung kerajaan pada ketika ini, sebelum angka sebenar diumumkan secara rasmi oleh Jabatan Perangkaan.

“Sebenarnya, angka (jumlah hutang) itu tiada siapa yang tahu kecuali kerajaan sendiri. Jika apa yang dikatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai nilai hutang negara mencecah RM1 trilion, mungkin ia adalah angka yang rasmi,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, setiap hutang yang dibuat memerlukan pembayaran balik, yang sekali gus akan memberi impak besar kepada penghutang.

“Hutang mempunyai dua elemen iaitu ‘pokok’ (prinsipal) dan ‘bunga’ (faedah) di mana kedua-duanya memerlukan pembayaran semula. Dalam hal ini, rakyat iaitu generasi kini dan pada masa depan yang akan dibebani (pembayaran semula hutang),” katanya.

 ??  ?? DR Ahmed Razman
DR Ahmed Razman
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia