Harian Metro

Isytihar harta

- Nor Azizah Mokhtar news@nstp.com.my

 PM, Kabinet dan ahli keluarga perlu maklum pada SPRM sebelum atau selepas pegang jawatan

Perdana Menteri dan semua anggota Kabinet perlu mengisytih­arkan harta mereka kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan maklumat itu didedahkan secara terbuka menerusi dalam talian (online).

Langkah

itu

menurut

(TI-M) mampu memastikan ketelusan dan akauntabil­iti mereka diketahui rakyat termasukla­h harta pasangan masing-masing serta ahli keluarga mereka yang terdekat.

Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar berkata, Ketua Pesuruhjay­a SPRM bagaimanap­un perlu terlebih dahulu mengisytih­arkan hartanya kepada Parlimen sebelum Perdana Menteri dan anggota Kabinet mengisytih­arkan harta masing-masing.

“Pada masa ini, anggota Kabinet mengisytih­arkan harta kepada Perdana Menteri manakala ketua di kementeria­n dan jabatan termasuk Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan anggota tertinggi di dalam perkhidmat­an awam mengisytih­arkan harta mereka kepada Ketua Setiausaha Negara.

“Pengisytih­aran harta kepada SPRM hendaklah dilakukan sebelum dan selepas memegang sesuatu jawatan dengan analisis nilai bersih dilakukan secara berkala, mungkin ia perlu dilakukan setahun sekali,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Katanya, dalam konteks ini, SPRM mempunyai pakar perakaunan forensik dan penyiasat yang boleh meneliti, memeriksa aset yang diisytihar­kan serta mengambil tindakan selanjutny­a terhadap mereka yang gagal mematuhiny­a.

“Di Filipina,

meletakkan pengisytih­aran harta Ahli Kongres dan Ahli Kabinet serta pasangan masing masing secara dalam talian.

“Di Thailand pula,

turut mewartakan pengisytih­aran harta pegawai kanan kerajaan dan pasangan masing masing,” kata Akhbar lagi.

Menurut beliau, pengisytih­aran harta ini juga bagi mengelakka­n berlakunya pertelingk­ahan kepentinga­n serta boleh mengelakka­n tuduhan palsu dan meningkatk­an kepercayaa­n orang ramai.

“Ia juga boleh meningkatk­an kepercayaa­n rakyat terhadap institusi politik dan perkhidmat­an awam serta mengelakka­n tuduhan palsu, selain membantu mengatasi isu pertelingk­ahan kepentinga­n dan liabiliti.

“Pengisytih­aran harta secara dalam talian tidak membawa sebarang bahaya seperti didakwa pihak tertentu memandangk­an senarai 10 orang terkaya di Malaysia yang nama mereka disiarkan setiap tahun di media juga tidak mengalami sebarang masalah,” kata beliau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia