Harian Metro

Kemuka senarai MB baru

-

Shah Alam: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal menjawat jawatan itu buat sementara waktu sehingga tempoh peralihan kuasa dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohammad Munir Bani berkata, pada masa sama Mohamed Azmin juga perlu mengemukak­an senarai calon Menteri Besar yang baru untuk penelitian Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah sebelum lantikan dilaksanak­an.

Menurutnya, Mohamed Azmin akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar sebaik saja baginda berkenan melantik individu baru ke jawatan berkenaan.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah disembah maklum oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa beliau bersetuju untuk menerima jawatan Menteri di peringkat Kerajaan Persekutua­n di bawah portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat keputusan itu setelah mendapat penjelasan dan pengesahan daripada Perdana Menteri mengenai skop kerja dan bidang kuasa Kementeria­n yang baru,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kenyataan itu turut menyebut baginda memperkena­nkan Mohamed Azmin untuk memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Kelmarin, Mohamed Azmin menghadap baginda di Istana Kayangan dalam pertemuan selama dua jam bagi membincang­kan mengenai jawatannya di peringkat Kerajaan Persekutua­n.

Pada 11 Mei lalu, Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Harapan berjaya mempertaha­nkan negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

 ??  ?? GAMBAR Dr Siti Hasmah bersama Tun Dr Mahathir yang memegang beg tangan tular di media sosial.
GAMBAR Dr Siti Hasmah bersama Tun Dr Mahathir yang memegang beg tangan tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia