Harian Metro

Sila kemuka bukti baru

- Arfa Yunus cnews@nstp.com.my

 Sebarang maklumat mengenai kes Altantuya perlu disalur pada pihak berkuasa dahulu

Bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati mandatori selepas disabitkan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu perlu membuat laporan polis jika mempunyai sebarang maklumat baru mengenai pembunuhan itu.

Bekas Ketua Polis Negara ketika pembunuhan itu dilakukan, Tan Sri Musa Hassan, berkata siasatan pembunuhan terbabit selesai dengan pesalahnya sudah dijatuhkan hukuman, justeru mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat baru perlulah tampil kepada polis.

“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu perlu membuat laporan ataupun berjumpa terus dengan pegawai polis untuk memberi keterangan supaya siasatan boleh dibuka semula. Namun maklumat itu mestilah baru, bukannya yang tidak berfaedah.

“Polis boleh menghantar pegawai penyiasat bertemu Sirul di Australia bagi mendapatka­n keterangan sekiranya dia mempunyai maklumat baru seperti didakwa,” katanya yang tidak bersetuju dengan permintaan Sirul mendapatka­n pengampuna­n penuh untuk berkongsi maklumat yang didakwa mengenai pembunuhan itu.

Baru-baru ini, Sirul dalam satu wawancara bersama portal Malaysiaki­ni, mendakwa sanggup mendedahka­n perkara yang berlaku sekiranya diberikan pengampuna­n penuh untuk kembali ke Malaysia.

Altantuya dikatakan terbabit skandal seks dengan bekas penganalis­is politik, Abdul Razak Baginda yang juga sekutu rapat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Warga Mongolia yang dilaporkan berperanan sebagai penterjema­h proses perundinga­n penjualan kapal selam oleh sebuah syarikat pembekal senjata dari Perancis, DNS kepada kerajaan Malaysia, dibunuh dua pengawal peribadi Najib pada 18 Oktober 2006.

Keduanya-duanya yang juga anggota UTK, Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri ditangkap sebelum didakwa di Mahkamah Shah Alam kerana membunuh Altantuya, pada November 2006.

Bagaimanap­un, Abdul Razak dibebaskan pada 2008 tanpa dipanggil membela diri daripada tuduhan bersubahat bersama Azilah dan Sirul membunuh Altantuya.

Susulan kes pembunuhan itu, Sirul dan Azilah dijatuhi hukuman mati pada 2009. Bagaimanap­un, pada 2013, Mahkamah Rayuan membebaska­n kedua-dua mereka namun pada 23 Januari 2015 Mahkamah Persekutua­n yang mendengar rayuan pendakwaan menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati ke atas kedua-dua mereka. Kesempatan dibebaskan pada 2013, Sirul melarikan diri ke Australia, tetapi ditahan pihak imigresen negara itu dan kini ditempatka­n di pusat tahanan di

sana. Azilah kini masih dipenjara dan menunggu pendengara­n rayuannya untuk mendapat pengampuna­n.

Musa menegaskan Sirul tidak berhak mendapat pengampuna­n penuh terhadap kesalahan terbabit kerana sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

“Ini tidak wajar kerana dia sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman. Sekiranya Sirul mahu pulang ke Malaysia, hukumannya boleh diringanka­n tetapi bukannya mendapat keampunan serta merta.

“Sekiranya dia mempunyai maklumat baru seperti didakwa, polis boleh menghantar pegawainya berjumpa Sirul di Australia bagi mendapatka­n keterangan­nya,” katanya.

Musa berkata, siasatan polis berhubung kes terbabit sebelum ini tidak menemukan bukti yang boleh mengaitkan Najib atau isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan dilakukan tertuduh.

 ??  ?? AZILAH diiringi polis keluar dari Mahkamah Persekutua­n pada 2015.
AZILAH diiringi polis keluar dari Mahkamah Persekutua­n pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia