Harian Metro

Bukan sebab fitnah

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

 Kekalahan BN disebabkan aspirasi rakyat mahu perubahan

UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat mereka tumbang kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan disebabkan angkara fitnah.

Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar sebaliknya berkata, faktor BN tewas mengejut pada PRU14 disebabkan aspirasi rakyat mahu melakukan perubahan, memandang rendah pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad, sindrom penafian dan gagal menangkis serangan persepsi.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi selama 20 tahun itu berkata, BN juga dilihat senang hati ketika berkempen dan seperti cuba menafikan gelombang perubahan yang dikehendak­i rakyat serta peningkata­n pengaruh PH di bawah pimpinan Dr Mahathir.

“Apa yang saya maksudkan ialah BN tidak boleh salahkan sesiapa. Ini masa untuk muhasabah sebab apa kalah. Ini bukan faktor ekonomi atau fitnah yang menyebabka­n keputusan ini.

“Mereka (rakyat) hendak tukar. Saya pernah menulis mengenai gelombang perubahan ini dan ia dirasai, tetapi saya tidak faham apabila BN nampak senang hati dan seperti tidak sedar perubahan,” katanya, semalam.

Semalam, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mendakwa kekalahan BN pada PRU-14 berpunca daripada fitnah parti pembangkan­g.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa kempen PH yang ketika itu pembangkan­g bersifat terlalu menyerang peribadi dan menabur fitnah serta kebencian menyebabka­n BN tumbang selepas 61 tahun menjadi kerajaan.

Syed Hamid yang juga bekas Pengerusi Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) berkata, faktor lain menyumbang kekalahan BN ialah jurang kepercayaa­n antara rakyat dengan kerajaan yang semakin lebar selepas banyak perkara cuba dirahsiaka­n kerajaan.

Pada masa sama, katanya, UMNO memandang rendah kemampuan Dr Mahathir pada umur sebegitu, ia masih mampu memberi inspirasi kepada orang muda berkorban untuk menentukan kemenangan dalam pilihan raya.

“UMNO juga dilihat memainkan isu peribadi dan kutuk Dr Mahathir. Ini bekas Perdana Menteri selama 22 tahun. Kalau kata beliau tidak buat apa-apa selama itu, memang orang tidak terima. Banyak orang muda yang hidup pada zaman beliau,” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, UMNO dan BN kini perlu positif dan menerima keputusan PRU14 serta perlu bersedia menjadi pembangkan­g konstrukti­f.

“Sekarang BN sudah hancur lebur. Najib pun sudah letak jawatan. BN akan jadi pembangkan­g dan perlu tahu peranan sebagai pembangkan­g. Selama 61 tahun jadi kerajaan, sekarang jadi pembangkan­g. Perlu perubahan mental dan psikologi,” katanya.

 ?? Syed Hamid Albar ?? Apa yang saya maksudkan ialah BN tidak boleh salahkan sesiapa. Ini masa untuk muhasabah sebab apa kalah. Ini bukan faktor ekonomi atau fitnah yang menyebabka­n keputusan ini”
Syed Hamid Albar Apa yang saya maksudkan ialah BN tidak boleh salahkan sesiapa. Ini masa untuk muhasabah sebab apa kalah. Ini bukan faktor ekonomi atau fitnah yang menyebabka­n keputusan ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia