Harian Metro

ENAKNYA KERBAU GULING

-

 Peniaga jual 50 dulang kuih ketika bulan Ramadan

Tumpat: Ramadan agak sinonim dengan juadah cendol untuk berbuka puasa. Selain dimakan dengan air gula, cendol juga enak disediakan bersama santan dan gula melaka.

Bagi pembuat cendol dari Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Mohamad Nazri Ismail, 28, kedatangan Ramadan memberi rezeki lebih kepadanya kerana penghasila­n makanan tradisiona­l itu mendapat permintaan tinggi kelapa parut.

Peniaga, Wan Suriana Wan Ali, 35, berkata, keluargany­a dikenali sebagai pembuat kuih itu di pekan ini kerana ayahnya adalah orang bertanggun­gjawab membawa masuk kerbau guling, 31 tahun lalu.

Katanya, mereka mengusahak­an perniagaan kuih tradisiona­l dan legasi keluarga diteruskan hingga ke hari ini.

Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, kerbau guling menjadi menu utama yang dijual, selain lebih 25 jenis kuih lain sepanjang Ramadan.

“Sebenarnya nama kerbau guling ditimbulka­n penduduk baru-baru ini saja. Sebelum ini, ia lebih dikenali dengan kuih hitam.

“Ia dipanggil sebegitu kerana kuih ini digolekkan dalam kelapa parut seperti kerbau yang berendam. Apabila dimuat naik ke laman sosial, netizen menggelarn­ya kuih kerbau guling.

“Disebabkan nama sebegitu tular di Internet, gerai kami menjadi tumpuan orang ramai yang mahu mencuba keenakan kuih. Harganya pula bermula RM2,” katanya ketika ditemui di gerainya di sini.

Wan Suriana berkata, kebiasaann­ya dia menjual 10 dulang kerbau guling sehari, namun jumlah bertambah sehingga lebih 50 dulang pada Ramadan kerana permintaan tinggi.

Katanya, pelanggan membuat tempahan kuih itu tidak hanya penduduk tempatan, sebaliknya dari Kota Bharu, Machang dan sejauh Gua Musang.

“Ada juga pembeli dari luar Kelantan yang kebetulan melalui jalan ini untuk pulang ke destinasi masing-masing. Mereka beritahu tahu mengenai kuih ini menerusi Facebook dan Instagram,” katanya.

Dia mengakui tidak menukar resipi awal yang dihasilkan ayahnya, sekali gus berjaya mengekalka­n

 ??  ?? WAN Suriana (kiri) melayan pelanggan yang membeli kuih kerbau guling.
WAN Suriana (kiri) melayan pelanggan yang membeli kuih kerbau guling.
 ??  ?? KUIH kerbau guling sebelum digolek ke dalam kelapa parut.
KUIH kerbau guling sebelum digolek ke dalam kelapa parut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia