Harian Metro

Locong istimewa Che Minah

-

berbanding hari biasa.

Diwarisi daripada ibunya, Che Minah Abas, 65, perusahaan membuat cendol yang diusahakan lebih 40 tahun lalu kini tergalas di bahunya sejak tiga tahun lalu yang turut dibantu isterinya, Nor Ain Mat Rani, 27.

Mohamad Nazri berkata, sepanjang Ramadan, proses menghasilk­an cendol dibuat bermula jam 3 petang dan berakhir jam 10 malam.

“Pada hari biasa saya bermula jam 2 petang dan berakhir jam 5 petang kerana pada waktu pagi saya berniaga cendol di

Pasar Wakaf Bharu terlebih dulu.

“Saya hanya menyediaka­n satu kawah dan untuk Ramadan ini, purata penghasila­n cendol yang mampu dibuat dalam sehari adalah empat kali,” katanya letika ditemui di sini.

Bahan untuk menghasilk­an cendol cukup ringkas iaitu beras yang dikisar halus, air, kapur dan daun pandan bagi menghasilk­an warna hijau.

Dibantu dua lagi pembantu iaitu sepupu serta anak saudaranya, proses memasak cendol mengambil masa setengah jam sebelum adunannya menjadi likat dan mampu ditekan di dalam acuan yang menghasilk­an bentuk cendol.

Dari segi harga, setiap bungkusan cendol dijual dengan harga RM1 saja.

Baginya, walaupun harga itu sudah tidak relevan pada masa kini, dia tetap tidak memikirkan keuntungan semata-mata.

“Selain cendol, saya turut menghasilk­an sagu serta ‘locong’ (menyerupai cendol tapi strukturny­a sedikit kenyal). Semua jualan ini

 ??  ?? MOHAMAD Nazri (kanan) pantau proses menghasilk­an cendol.
MOHAMAD Nazri (kanan) pantau proses menghasilk­an cendol.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia