Harian Metro

Darling wakil Malaysia ke China

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Wan Azlyn Maashah bakal mewakili negara ke pertanding­an realiti TV Show Sing! China yang dijangka berlangsun­g di Shanghai, China, pada Julai ini.

Wan Azlyn, 18, terpilih mewakili negara selepas memenangi tempat kedua pertanding­an yang diiktiraf China di sini, Sabtu lalu.

Apa yang menarik, Wan Azlyn satu-satunya peserta bangsa Melayu daripada 3,000 peserta yang menyertai uji bakat sebelum layak ke akhir dalam pertanding­an nyanyian itu.

Wan Azlyn berkaya, dia sangat bersyukur terpilih mewakili negara ke peringkat seterusnya pertanding­an program realiti TV Show dari China itu.

“Insya-Allah, semoga pertanding­an ini menjadi platform terbaik untuk saya kembangkan bakat nyanyian ke China nanti,” katanya.

Dalam pertanding­an yang diadakan Sabtu lalu, Wan Azlyn atau lebih dikenali sebagai Darling menyampaik­an dua lagu iaitu Gei Wo Yi Ge Li You Wang Ji (final) dan Zheng Fu pada acara ‘battle’.

Terdahulu, artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman FMC kelahiran Pulau Pinang ini juga berkongsi kemenangan­nya pada pertanding­an yang berlangsun­g di sini menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya, @darlingoff­icial.

Penyanyi muda ini juga memiliki kemampuan luar biasa kerana fasih menyanyi dalam 10 bahasa, antaranya Melayu, Inggeris, Tamil, Kantonis, Hokkien, Thailand, Korea, Jepun dan Arab.

Sebelum ini, Wan Azlyn pernah muncul dengan single sulungnya berjudul Takkan Dia bersama Viral, terbitan FMC Music yang turut diputarkan di stesen radio tempatan.

Bakat Wan Azlyn mula meraih perhatian ramai apabila memenangi naib juara dalam pertanding­an Idola Kecil anjuran TV9 pada 2012.

 ??  ?? WAN Azlyn
WAN Azlyn

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia