Harian Metro

Hidup Jet Li mungkin berakhir di kerusi roda

-

aksi popular antarabang­sa, Jet Li atau nama sebenar Li Lianjie, 55, kini bertarung melawan penyakit hipotiroid­isme dan masalah tulang belakang yang semakin serius.

Pelakon yang dikenali di Hollywood menerusi filem Lethal Weapon 4, Romeo Must Die dan Expendable­s 2 itu dilaporkan menghidap penyakit itu sejak lima tahun lalu.

“Beberapa tahun lalu, saya tidak mampu melakukan aktiviti fizikal yang mencabar disebabkan keadaan ini.

“Doktor sudah beri amaran pada 2013 bahawa saya mungkin berakhir di kerusi roda jika kekal melakukan aksi lasak fizikal dalam filem,” katanya dalam temu bual, semalam.

Terdahulu, gambar menunjukka­n Li melawat sebuah kuil di Tibet terpaksa dipapah untuk bergerak tular di Internet sejak beberapa hari lalu.

Ia menyebabka­n peminat seluruh dunia terkejut dan tidak menyangka tahap kesihatann­ya semakin merosot.

Mereka turut berkongsi pelbagai petua kesihatan dan rawatan yang dipercayai mampu mengubat penyakit dialami Li.

“Saya hanya manusia biasa, bukan Wong Fei-hung atau Huo Yuanjia. Saya sama seperti anda,” katanya.

Tahun lalu, pelakon filem Once Upon A Time In China ini pernah bercakap secara terbuka di sebuah majlis rasmi mengenai penyakit dihidapi selepas tidak lama muncul di khalayak ramai.

Dia mendedahka­n menghidap penyakit tiroid pada 2010 dan sudah mengambil pelbagai ubat untuk rawatan namun tidak menunjukka­n perubahan lebih baik.

 ??  ?? FOTO tular di Internet menunjukka­n Jet Li (kanan) kelihatan tua.
FOTO tular di Internet menunjukka­n Jet Li (kanan) kelihatan tua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia