Harian Metro

Usahawan berbakti

- Syazwan Msar cnews@nstp.com.my

 YDKMM galak belia berniaga, cenderung terbabit aktiviti sosial

Melahirkan lebih ramai usahawan berjaya, seterusnya memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan antara matlamat utama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM), sekali gus memastikan belia Islam di negara ini cenderung terbabit aktiviti sosial.

Malah, YDKMM yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu melahirkan ratusan usahawan yang terdiri daripada pelajar universiti demi memastikan mereka tidak lagi bergantung kepada ‘makan gaji’ dalam menjana pendapatan.

Pengerusin­ya, Mohd Syafiq Zainal berkata, setakat ini YDKMM ada 50 syarikat berdaftar yang menjalanka­n perniagaan merangkumi pelanconga­n, percetakan, pembekal, pengedaran makanan halal dan kedai makan.

Beliau berkata, setiap ahli YDKMM yang rata-ratanya berusia 20 hingga 30-an diajar dan dibimbing supaya mampu menjalanka­n perniagaan dengan jaya menerusi bantuan individu berpengala­man.

“Setakat ini kami ada 2,000 ahli berdaftar dengan 400 daripada mereka aktif dalam pelbagai bidang perniagaan.

“Sebanyak 10 peratus daripada keuntungan setiap syarikat itu didermakan kepada golongan memerlukan seperti ibu tunggal, fakir miskin, anak yatim dan mualaf,” katanya.

Mohd Syafiq berkata, ahli YDKMM juga aktif dalam aktiviti masyarakat, malah mereka sebenarnya wajib menyertai program sedemikian.

“Ahli YDKMM aktif di beberapa negara lain seperti Mesir, Indonesia dan New Zealand dengan kebanyakan mereka komited menyebarka­n Islam kepada penduduk setempat.

“Selain itu, ahli di negara ini pula merangka pelbagai aktiviti terutama membabitka­n masyarakat Orang Asli di pedalaman supaya nasib mereka lebih terbela.

“Kami tidak mahu ahli YDKMM hanya tertumpu kepada bidang usahawan semata-mata, namun kebajikan kepada masyarakat dipinggirk­an kerana perkara berkenaan boleh menyebabka­n belia lebih mementingk­an diri sendiri,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menganjurk­an program cintai al-Quran dengan melaksanak­an inisiatif bagi memastikan hafiz dan hafizah mampu menghafaln­ya dalam masa singkat.

“Kami melaksanak­an inisiatif khusus kepada kanak-kanak supaya mereka mampu menghafal al-Quran dalam tempoh tiga bulan saja menerusi bimbingan ustaz berpengala­man,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga dalam usaha membina kompleks tahfiz di Tronoh, Perak sebagai usaha menghimpun­kan penghafal al-Quran dari seluruh negara, sekali gus menarik minat lebih ramai golongan belia menjadikan­nya sebagai sumber rujukan utama dalam membentuk sahsiah diri.

Katanya, Kompleks Tahfiz Intergrasi An Nur itu dijangka siap pada 2021 dan boleh menempatka­n lebih 1,000 hafiz dan hafizah dalam satu masa.

“Pembinaan yang menelan belanja lebih RM10 juta itu turut dilengkapi dewan orang ramai, kelas pengajian, asrama, ruang perniagaan dan pejabat.

“Kompleks terbabit juga memiliki pusat penjagaan orang tua, sekali gus memudahkan warga emas belajar al-Quran tanpa masalah dan mereka dipantau kakitangan kompleks,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN sukarelawa­n YDKMM bersama keluarga mualaf yang diziarahi ketika program Ziarah Kampung.
SEBAHAGIAN sukarelawa­n YDKMM bersama keluarga mualaf yang diziarahi ketika program Ziarah Kampung.
 ??  ?? PESERTA YDKMM mengikuti aktiviti tadabbur al-Quran sempena sambutan World Quran Hour yang diadakan serentak di seluruh negara di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
PESERTA YDKMM mengikuti aktiviti tadabbur al-Quran sempena sambutan World Quran Hour yang diadakan serentak di seluruh negara di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia