Harian Metro

Idam makan nasi kerabu

- Khairul Najib Asarulah Khan cnews@nstp.com.my

“Saya rasa seperti bermimpi tetapi saya perlu terima hakikat bahawa dia sudah tiada,” kata Abdul Rahman Ab Ghani, 45, bapa kepada Muhammad Suhaimi yang maut dalam kemalangan di Jalan Kota-Sawah Raja, berhampira­n Jalan Limau Kambing, Rembau, petang kelmarin.

Muhammad Suhaimi, 21, yang juga penuntut Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) maut di lokasi kejadian selepas Honda Wave ditunggang­nya merempuh sebuah lori yang keluar dari simpang.

Abdul Rahman berkata, anaknya dalam perjalanan pulang dari kolej ke rumah di Taman Angkasa Jaya, Kuala Pilah.

“Sebelum kejadian, arwah menghubung­i ibunya (Azira Irdawati Adnan, 42, dan memberitah­u mahu berbuka puasa dengan keluarga dan ingin makan nasi kerabu.

“Namun segalanya tidak kesampaian kerana Allah lebih sayangkan dia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tampin di semalam.

Menurutnya, anak sulung daripada lapan beradik itu dalam minggu peperiksaa­n dan hanya tinggal satu kertas peperiksaa­n saja yang perlu didudukiny­a Rabu ini.

“Sebelum ini, dia pernah menyatakan hasrat selepas tamat peperiksaa­n dia ingin mencari kerja untuk meringanka­n beban saya.

“Pemergiann­ya amat dirasai kami disebabkan dia anak yang baik dan tidak pernah melawan cakap orang tua,” katanya.

Jenazah disembahya­ngsini,

 Hasrat pelajar KUIM mahu berbuka bersama keluarga tak kesampaian akibat maut nahas

kan di Masjid Jamek Yamtuan Radin, Kuala Pilah sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Dioh Tengah, Kuala Pilah, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superinten­dan Anuar Bakri Abdul Salam, berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? MOTOSIKAL mangsa remuk teruk akibat nahas di Jalan Limau Kambing.
MOTOSIKAL mangsa remuk teruk akibat nahas di Jalan Limau Kambing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia