Harian Metro

Tiga nyaris maut van terbalik

-

Alor Gajah: Tiga murid yang bakal menduduki peperiksaa­n nyaris maut apabila van dinaiki terbalik sejurus dirempuh sebuah kereta di Bulatan Sri Bayan menghala Taman Merdeka, di sini.

Kejadian jam 7.45 pagi semalam berlaku ketika semua murid tahun satu, dua dan enam itu dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa di sini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila van dipandu lelaki berusia 45 tahun itu dilanggar kereta Proton Persona dari arah belakang.

“Kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki itu dikatakan terlebih dulu bergesel dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dipandu seorang wanita,” katanya ketika dihubungi semalam.

A Asmadi berkata, semua murid perempuan termasuk pemandu van kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Semua mangsa dirawat di Zon Hijau kecuali murid tahun satu yang menerima rawatan di Zon Kuning.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Gangsa, Zakaria Ghazalli, berkata ketiga-tiga murid terbabit sepatutnya menduduki peperiksaa­n pertengaha­n tahun semalam.

Bagaimanap­un, katanya, mereka mendapat pengecuali­an akibat insiden tidak diingini itu.

“Selepas menerima maklumat, saya meminta guru Hal Ehwal Murid bersama guru kokurikulu­m sekolah ke hospital.

“Semua murid stabil dan seorang daripada mereka iaitu murid Tahun Satu dilaporkan patah kaki,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN van membawa murid yang terbalik akibat dirempuh kereta, semalam.
KEADAAN van membawa murid yang terbalik akibat dirempuh kereta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia