Harian Metro

Gelombang bulan mulia

- Norzamira Che Noh cnews@nstp.com.my

 Penganjura­n rancang singgah di 10 masjid serahkan al-Quran

Kempen World #QuranHour tahun ini akan diadakan pada 22 Ramadan atau 7 Jun bagi meraikan sejarah kitab suci al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadan.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddi­n Yaakub berkata, ketika Ramadan, umat Islam akan lebih dekat dengan kitab suci, justeru, kempen World #QuranHour ingin mengambil kesempatan terhadap gelombang berkenaan.

“Sebelum ini kita adakan pada 9 Zulhijah iaitu hari wukuf di Arafah tetapi tahun ini kita buat sedikit kelainan kerana ingin menumpang gelombang bulan mulia.

“Dalam tempoh satu jam (11 pagi hingga 12 tengah hari), kita mahu umat Islam berinterak­si iaitu bukan sahaja membawa tetapi memahami agama menerusi al-Quran,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang mengadakan Ride for #QuranHour sebagai tanda simbolik sokongan terhadap kempen yang memasuki tahun ke-tiga itu.

Katanya, dua kempen #QuranHour sebelum ini adalah ‘Walk for #QuranHour’ dan ‘Climb for #QuranHour’.

“Kita menjangkak­an lebih 1,000 motosikal menyertai kempen berkenaan yang akan bermula di Putrajaya dan berakhir di pejabat Kumpulan Media Karangkraf.

“Antara intipati program yang dirancang adalah singgah di 10 buah masjid sepanjang jalan untuk menyerahka­n al-Quran selain menyampaik­an mesej #QuranHour,” katanya.

Hussamuddi­n berkata, tema World #QuranHour tahun ini adalah Panduan Pembentuka­n Umat Berakhlak Mulia melalui surah Al Hujurat iaitu dengan menekankan kebaikan surah Al Hujurat yang dianggap sesuai dengan kesan yang dialami negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.

Katanya, melalui surah Al Hujurat, ia secara keseluruha­nnya bercerita mengenai untuk mencapai akhlak mulia dengan seseorang individu sebaliknya rujuk kepada al-Quran.

“Kesan daripada amalan surah Al Hujurat juga akan membentuk akhlak yang bagus iaitu seseorang itu tidak akan mudah menghina atau merendahka­n orang lain walaupun terdapat kelemahan pada individu terbabit, sebaliknya melihat kelemahan yang ada pada diri,” katanya.

World #QuranHour perdana akan bermula jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) yang turut dihadiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

 ??  ?? HUSSAMUDDI­N menunjukka­n buku Interaksi Dengan Al-Quran pada sidang media Program #QuranHour.
HUSSAMUDDI­N menunjukka­n buku Interaksi Dengan Al-Quran pada sidang media Program #QuranHour.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia