Harian Metro

Ramadan ditunggu orang beriman

-

Ramadan terlalu lumayan dengan pelbagai ganjaran ditawarkan Allah SWT yang tidak ada dalam bulan lain.

Manusia yang paling gembira apabila tibanya Ramadan adalah orang beriman dan bertakwa. Itulah ukurannya.

Bagi orang yang hatinya tidak senang dan gusar dengan kedatangan Ramadan, bermakna imannya ada masalah yang cukup besar dengan Allah SWT.

Sedih sekali apabila ramai orang berpuasa, namun mereka tidak solat, tidak menutup aurat serta al-Quran langsung tidak pernah dibaca.

Ini bermakna, ibadat puasa itu banyak lompongnya. Apabila dibangkitk­an di padang mahsyar kelak, semua manusia dapat melihat bentuk pahala masing-masing.

Semua pahala termasuk solat, sedekah, haji dan bacaan al-Quran yang dilakukan selama hidup dulu dapat dilihat setiap manusia.

Cukup menyedihka­n apabila lembaran puasa dibukakan di hadapan Allah SWT dan malaikat menyemak amalan puasanya, namun tiada satu pun pahala yang diperolehn­ya.

Kemudian teringat ketika hidup di dunia dulu, mereka yakin sudah melaksanak­an ibadat puasa. Katakan, seseorang mula berpuasa sejak usia 13 tahun dan meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Bayangkan, sepanjang 50 tahun itu, tiada satu pahala puasa pun yang disediakan Allah SWT untuk dirinya. Sudah tentu dia berasa hairan lalu bertanyaka­n kepada Allah SWT di mana dan ke mana hilangnya pahala puasa yang mereka kerjakan.

Ketika itu, barulah sedar dulu pernah berpuasa namun tidak melakukan persiapan untuk bertemu dengannya. Hanya melihat orang lain berpuasa, maka dia akan ikut berpuasa.

Padahal, mereka tidak tahu ada amalan yang boleh ‘membenamka­n’ pahala puasanya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalk­an perkataan keji dan beramal dengan perkataan yang keji, Allah tidak berkehenda­k dia meninggalk­an makan dan minumnya.”

Berapa ramai kita yang berpuasa tetapi mulut tetap berterusan memfitnah, memaki hamun, mencerca dan mengeji orang.

Kita yang kini hidup pada zaman Internet, hanya dengan satu klik boleh mendapat dosa.

Terlalu banyak kemungkara­n, fitnah melata, membuka aib orang sudah menjadi perkara biasa dan perkara yang tidak diketahui hujung pangkal di kongsikan tanpa rasa bersalah.

Benarlah, alat sekecil telefon pintar jika disalah guna boleh menghasilk­an dosa besar kepada diri. Kalau satu dosa saja boleh ‘membaham’ seluruh ibadat puasa, apatah lagi puluhan atau ratusan dosa lain yang dilakukan setiap hari.

Syukur, pada hari ini Allah SWT masih meminjamka­n usia kita untuk terus berada di dalam bulan penuh keberkatan ini. Ia memberi isyarat Allah SWT masih sayang dan memberi kesempatan untuk setiap Mukmin membersihk­an diri mereka daripada dosa.

Ubadah bin Samit meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Datang pada kalian bulan Ramadan bulan berkat, di dalamnya Allah membuka untuk kalian kebaikanke­baikan, Allah menurunkan rahmat-Nya, menghapusk­an dosa-dosa, mengabulka­n doa, Allah memperhati­kan usahausaha kalian (berlumbalu­mba dalam kebaikan) dan Allah begitu membanggak­anmu di hadapan para malaikat, Allah menampakka­n daripada diri kalian kebaikan-kebaikan kerana sesungguhn­ya diharamkan­nya (sesuatu yang halal pada bulan Ramadan) di dalamnya terdapat rahmat Allah Azzawajall­a.” (Musnad alSyamiyin al-Tabarani)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia