Harian Metro

Hazama pujuk isteri bersabar

- DARI MUKA 23

“Apabila melihat orang lain yang kahwin lambat daripada saya, tetapi sudah ada anak, saya akui agak cemburu. Saya selalu bertanya pada diri bila pula giliran saya. Saya gembira untuk mereka. Mungkin belum rezeki saya dan isteri.

“Memang sedih, tapi saya sudah dimaklumka­n mengenai keadaan isteri apabila tiub fallopio sebelah kirinya perlu dibuang, jadi peratusan untuk hamil semula agak sukar. Kalau ada pun, kemungkina­n untuk gugur semula boleh terjadi kerana bukaan tidak bagus.

“Ada hikmahnya juga perkara ini kerana saya jadi faham masalah wanita. Apatah lagi perkara sebegini sangat penting. Pada masa sama, saya tak nak berikan tekanan kepada isteri. Saya faham, dia paling terasa, apatah lagi sudah berusia 38 tahun. Dia memang inginkan anak,” katanya.

Hazama yang mengahwini Genervie pada Januari tahun lalu berkata, pendekatan terbaik yang dilakukan adalah menjaga dan memujuk hati isterinya.

Hazama juga menganggap perkara yang berlaku adalah ujian Allah, sekali gus mengubah dirinya menjadi manusia yang lebih baik.

“Bagi menjaga dan menyenangk­an hati isteri, saya selalu cakap Allah sengaja tidak berikan anak lagi kerana inginkan kita ada kualiti masa bersama sebagai suami isteri.

“Memang ada cara lain untuk dapatkan anak seperti teknik IVF, tetapi saya tak nak ke arah itu dulu. Kalau boleh nak cuba cara normal juga. Lagi satu, saya beranggapa­n sudah tiba masanya kena betulkan diri dulu. Mungkin baru ada rezeki,” katanya.

Apa yang pasti, selepas setahun berkahwin dan mengimpika­n anak, Hazama bersyukur dengan sokongan diberikan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Keluarga tidak pernah mendesak. Masing-masing faham situasi berlaku. Malah mereka berkongsi kasih sayang. Macam abang saya, dia ada tiga anak. Jadi, saya dan isteri berkongsi kasih sayang dengan anak saudara.

“Perkara ini tidak memberikan tekanan untuk saya. Cuma, sesekali saya perasan isteri terasa terutama setiap kali dia datang bulan. Dia memang nak sangat anak. Saya selalu pesan kena banyakkan bersabar,” katanya.

Berlakon drama

Mengenai kerjaya seninya, Hazama berkata, dia baru saja terbabit dalam penggambar­an drama 13 episod berjudul Bila Tuhan Berbisik Cinta bakal ditayangka­n di slot Zehra, November ini.

Hazama yang ditemui pada rakaman progam Muzik Muzik 33 Raya berkata, drama arahan Raja Mukhriz itu memberikan kesan mendalam untuknya kerana watak dilakonkan terbawa-bawa ke dunia realiti.

“Selama dua bulan berlakon, saya jadi ‘down’. Dalam cerita ini, saya jadi penyanyi yang lupa diri hingga jatuh tersungkur. Ia terbawa-bawa ke dunia realiti sehingga moral pun jadi lemah. Sejujurnya, saya risau jika terjadi pada diri sendiri. Dalam erti kata lain, drama ini buat saya sedar. Saya menangis dan tidak mahu jadi seperti dalam watak ini.

“Ada sikap watak ini yang secara tidak langsung adalah teguran untuk diri sendiri. Pembabitan dalam drama ini mengubah pemikiran saya. Mungkin sebelum ini saya ada sikap mementingk­an diri dan dibuai populariti.

“Jadi, dalam drama ini saya ibarat kena sepak. Dialog dan skrip macam terkena diri sendiri. Ia membuatkan saya sedar. Apabila jadi diri sendiri semula, saya jadi hargai orang sekeliling,” katanya.

Menerusi drama itu juga, Hazama bakal merakamkan single Tunggu Aku Datang yang dijadikan lagu tema.

Menariknya juga, Hazama berpeluang berlakon dengan idolanya, Datuk Awie yang sekali gus banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman sebagai anak seni.

“Saya terima tawaran ini sebab ada Datuk Awie. Dia memang idola saya.

Pada masa sama, jalan cerita ini berkisarka­n dunia nyanyian.

“Pada hari pertama berlakon dengan Awie, saya jadi gementar. Sebelum ini pernah jumpa, tapi saya lari. Masa dalam drama pertama kali dapat duduk bersama. Dia banyak berkongsi pengalaman dalam bidang seni. Pengalaman bekerja dengan Awie sangat saya hargai.

“Lagi satu, saya berlakon drama bukan sebab nak jadi pelakon, tetapi nak asah bakat lakonan. Lagipun ini drama berat. Sebelum ini saya pernah bawa watak komedi dalam telefilem dan filem. Kali ini kena menangis dan serius. Saya dapat input baru dalam bidang nyanyian terutama reaksi wajah. Kalau sebelum ini menangis kena guna ‘eye mo’. Kali ini kena menangis dari dalam hati. Kenapa saya dapat, sebab dapat rasa kesusahan berlakon itu,” katanya.

Selain Kuala Lumpur, drama itu turut menjalani penggambar­an selama sebulan di Golok, Thailand.

- Sudirman Mohd Tahir

Enggan guna teknik IVF, mahu berusaha secara normal dulu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia