Harian Metro

Sentiasa terang, tidak sibuk

-

luar negara khasnya untuk melawat kawasan berkenaan sambil beriadah khususnya menjelang malam.

Pihak berkuasa di sana juga sering kali menganjurk­an pelbagai aktiviti seperti karnival cahaya setiap tahun yang berjaya menarik kehadiran begitu ramai pengunjung tempatan dan luar negara.

Antara lain, bagi mereka yang ingin melihat panorama terbaik Putrajaya, jangan lupa untuk berada di atas Jambatan Seri Wawasan yang menghidang­kan keindahan tersendiri dan sukar untuk diungkapka­n dengan kata-kata kerana ia mencermink­an kemajuan Malaysia.

Dari atas jambatan itu, pengunjung boleh melihat bangunan pentadbira­n disimbah pelbagai warna lampu bagi menghidupk­an lagi suasana malam di kawasan berkenaan.

Bagi kanak-kanak terdapat juga aktiviti malam yang boleh mereka ikuti selain ada pihak menyediaka­n perkhidmat­an menyewa kasut roda di beberapa lokasi.

Anda yang gemarkan aktiviti lasak pula, ada premis menyediaka­n kemudahan mendaki tembok tiruan di Taman Cabaran Putrajaya (PCP) dan pada hari tertentu ia dibuka hingga jam 10 malam.

PCP juga adalah pusat latihan memanjat tembok terbesar di Malaysia dengan keluasan 195 meter persegi dan dilengkapi pelbagai tahap kesukaran pendakian.

Menariknya, PCP juga mempunyai tembok berketingg­ian hingga 20 meter atau bersamaan bangunan lima tingkat yang membolehka­n pendaki melakukan pelbagai disiplin atau cabaran laluan.

Selain itu, tidak sekadar dilengkapi dengan aktiviti ekstrem, Putrajaya juga mempunyai pelbagai pusat beli-belah yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk berbelanja dan tempat makan menarik.

Maka tidak salah rasanya untuk dikatakan Putrajaya antara lokasi terbaik bagi menikmati kehidupan malam di Malaysia!

 ??  ?? BERBASIKAL
pada waktu malam secara berkumpula­n antara yang mewarnai Putrajaya.
BERBASIKAL pada waktu malam secara berkumpula­n antara yang mewarnai Putrajaya.
 ??  ?? FESTIVAL lampu antara acara yang mendapat sambutan pengunjung.
FESTIVAL lampu antara acara yang mendapat sambutan pengunjung.
 ??  ?? KEADAAN lalu lintas tidak sibuk memudahkan orang ramai untuk berbasikal.
KEADAAN lalu lintas tidak sibuk memudahkan orang ramai untuk berbasikal.
 ??  ?? CAHAYA menerangi Putrajaya menjadi
faktor tumpuan ramai pengunjung.
CAHAYA menerangi Putrajaya menjadi faktor tumpuan ramai pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia