Harian Metro

Ketagih berlari malam

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Memulakan aktiviti selepas solat Tarawih sambil

bawa makanan sahur

Jika melihat seseorang yang terbabit dalam industri fesyen, pasti ada persepsi berkenaan ketaasuban kepada aktiviti membelibel­ah dan sentiasa ingin kelihatan ke hadapan dalam berpakaian.

Namun, tidak bagi wanita berusia 36 tahun ini yang terbabit dalam bidang fesyen namun ‘ketagih’ aktiviti larian dan mendaki terutama pada waktu malam. Boleh dikatakan jika bukan bulan puasa, hampir setiap hujung minggu pasti ada aktiviti mendaki yang dilakukann­ya.

Menjadikan aktiviti mendaki secara serius sejak 2014, pemilik nama Norzaimee Mohamad Subki ini sememangny­a gemarkan aktiviti mendaki, larian denai dan maraton yang dilihat menjadi sebahagian daripada diari hidupnya.

Anak kelahiran Ipoh, Perak ini juga melihat di Malaysia sememangny­a terdapat ramai komuniti larian yang aktif berlari pada waktu malam dan banyak kemudahan disediakan pihak berkuasa bagi aktiviti berkenaan.

Katanya, kawasan yang dahulunya mungkin sepi dan tidak dikunjungi pada waktu malam seperti bukit kini semakin menjadi perhatian kerana ramai pelari atau mereka yang gemarkan aktiviti lasak.

“Kawasan yang selalunya dikunjungi ramai pelari mempunyai banyak kemudahan seperti lampu untuk mengurangk­an risiko kemalangan atau jenayah.

“Antara lokasi yang sering saya kunjungi ialah di Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur kerana di sana memang dikenali sebagai tempat orang ramai untuk melakukan aktiviti berkenaan dan lebih selamat selain di dalam kawasan kampus,” katanya.

Selain UM, Norzaimee juga sering berkunjung ke Hartamas untuk aktiviti larian sekitar 10 kilometer untuk mengekalka­n stamina.

Norzaimee berkata, kebiasaann­ya pada Ramadan, dia bersama rakan lain akan berlari selepas solat Tarawih sekitar jam 11 malam dan melakukann­ya hanya seminggu sekali.

Bahkan mereka membawa makanan untuk bersahur bersama-sama selepas berlari dan ia dilihat sebagai salah satu aktiviti yang boleh merapatkan hubungan dengan rakan pelari yang lain.

“Aktiviti larian ini tidak terhenti pada bulan puasa, cuma mungkin tidak serancak bulan lain. Tambahan pula kenderaan tidak banyak ketika malam.

“Bagi saya tidak ada masalah untuk berlari pada waktu siang atau malam kerana masing-masing ada kelebihan tersendiri. Paling penting aktiviti ini membuatkan saya seperti ketagih untuk terus melakukann­ya,” katanya.

Malah dia juga berharap lebih banyak lokasi rekreasi yang dibangunka­n sesuai untuk aktiviti larian atau mendaki pada waktu malam.

Katanya, jika terdapat banyak kemudahan atau lokasi sesuai, tidak mustahil Malaysia mampu menjadi destinasi sukan di peringkat antarabang­sa.

Apatah lagi ketika ini terdapat juga pelancong asing mula menjadikan negara kita sebagai destinasi pelanconga­n sukan mereka.

 ??  ?? 1. Tempat keempat, Cultra 2016
2. Tempat pertama, Gopeng Ultra 2018
3. Kedudukan lima teratas, Putrajaya 100miles 2016
4. Kedudukan 10 teratas, Sas Internatio­nal Eco Challenge
The Adventure Race 2018 Climbathon
5. Kedudukan 10 teratas, Stong...
1. Tempat keempat, Cultra 2016 2. Tempat pertama, Gopeng Ultra 2018 3. Kedudukan lima teratas, Putrajaya 100miles 2016 4. Kedudukan 10 teratas, Sas Internatio­nal Eco Challenge The Adventure Race 2018 Climbathon 5. Kedudukan 10 teratas, Stong...
 ??  ?? MERAKAM gambar bersama rakan-rakan ketika tiba di puncak Gunung Chamah pada waktu malam.
MERAKAM gambar bersama rakan-rakan ketika tiba di puncak Gunung Chamah pada waktu malam.
 ??  ?? KAWASAN di dalam bandar juga menjadi pilihan Norzaimee.
KAWASAN di dalam bandar juga menjadi pilihan Norzaimee.
 ??  ?? AKTIVITI mendaki secara berlari mampu mencabar prestasi larian.
AKTIVITI mendaki secara berlari mampu mencabar prestasi larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia