Harian Metro

Berhati-hati ketika berbelanja

-

Platform agensi pelanconga­n bersepadu dalam talian antarabang­sa, Expedia.com menerusi kajian tahunannya, Etika Penerbanga­n dan

Hotel Global Expedia 2018 mendapati rakyat Malaysia menduduki tangga pertama di Asia paling cenderung menggunaka­n teknologi dan berhati-hati dengan kos mengembara pada tahun ini.

Hasil kajian itu diperoleh selepas 97 daripada 600 responden yang terbabit bersetuju mengenai perkara itu dan di peringkat dunia negara kita menduduki tempat kedua selepas Brazil.

Menerusi kajian yang dijalankan antara 22

Februari hingga 29 Mac lalu menunjukka­n pengembara Malaysia berbelanja dengan lebih bijak.

Dari segi fokus dalam percutian, 74 peratus memberi tumpuan kepada kadar harga, 71 peratus memastikan kemudahan WiFi dan 63 peratus memastikan hotel yang ditempah berada di kawasan strategik.

Ketua Komunikasi Serantau Jenama Expedia Asia, Lavina Rajaram berkata, dalam kajian terdahulu membabitka­n Kajian Kurang Mendapat Cuti Expedia 2017 mendapati isu mampu milik menjadi faktor utama rakyat Malaysia.

Beliau berkata, dalam kajian terbaru itu, separuh daripada responden boleh mempertimb­angkan untuk memberi tip kurang daripada RM5 kepada pekerja hotel dan kira-kira 10 peratus pelanggan hotel dari Malaysia yang memberi tip lebih daripada nilai berkenaan.

“Dari segi tingkah laku percutian rakyat Malaysia pula didapati 36 peratus responden lebih berminat untuk menukar bilik sekiranya terlalu sejuk atau panas. Peratusan itu dikongsi bersama responden dari India, Brazil dan Singapura dengan jumlah peratusan satu peratus kurang dari Malaysia.

“Selain itu, dalam kajian membabitka­n tingkah laku dalam penerbanga­n, 57 peratus responden terganggu apabila penumpang lain tertendang kerusi yang diduduki dan 36 peratus terganggu dengan bau penumpang lain,” katanya dalam satu kenyataan, barubaru ini.

Lavina berkata, tempahan pakej adalah cara paling mudah untuk pengembara mendapatka­n harga jimat ketika bercuti sama ada dalam negara atau melancong di luar negara.

Menerusi Expedia. com, jika anda membuat tempahan penerbanga­n dan hotel pada satu masa, anda boleh berjimat sehingga 16 peratus kos pengembara­an serta terdapat pakej menarik ditawarkan terutama musim cuti sekolah pada Jun ini.

 ??  ?? LAVINA RAJARAM membentang­kan hasil kajian yang dilakukan.
LAVINA RAJARAM membentang­kan hasil kajian yang dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia