Harian Metro

‘Dulu main sebut saja’

- DARI MUKA H47

Baru sedar apa dibaca

selama ini salah selepas sertai Kelas Mengaji Datang ke Rumah

Menurut Rosland, keinginan mendalami alQuran sudah lama terpendam, tetapi disebabkan masalah kesihatan kerana penyakit darah tinggi membuatkan impian itu sering tertangguh. Dia juga pernah mengikuti kelas yang diadakan di surau berhampira­n rumah namun tidak konsisten.

Malah membaca dalam jumlah bilangan yang ramai membuatkan dia tidak dapat memahami dengan baik.

“Akhirnya saya dan isteri tidak dapat meneruskan kelas. Apabila anak saya mengambil guru mengaji menerusi program kelas mengaji datang ke rumah, saya terus bersetuju. Pada Disember 2017 kelas pertama diadakan sehinggala­h sekarang,” katanya yang bermula dengan buku Iqra satu dan kini meningkat ke Iqra tiga.

Menyedari bacaannya yang kurang lancar membuatkan keinginan Rosland bertambah untuk memperbaik­i diri. Setiap kali ada majlis kenduri dan memerlukan bacaan

Yasin dialunkan, Rosland amat sedih kerana tidak mampu membaca dengan baik. Bukan dia tidak belajar mengaji sejak kecil, tetapi separuh jalan saja.

“Zaman dulu berbeza dengan sekarang kerana sejak kecil anak-anak sudah didedahkan dengan alQuran dan tajwid yang betul di sekolah. Berbeza kanakkanak pada zaman dulu, kami hanya belajar di rumah atau ke rumah guru mengaji. Tetapi, kami tidak dapat pendedahan ilmu tajwid secara jelas. Sekadar boleh membaca saja. Jadi perkara ini terbawa-bawa sehingga dewasa. Sekiranya tidak mengambil inisiatif untuk belajar sendiri terasa amat rugi,” katanya.

Menerusi Kelas Mengaji Datang ke Rumah, Rosland dan Munira lebih terbuka bertanya mengenai pelbagai kemusykila­n tanpa rasa segan. Guru pula dapat memberikan sepenuh tumpuan kerana mengajar dalam kelompok kecil. Pengajaran berlaku dalam dua hala dan mereka mendapat manfaat daripada apa yang disampaika­n.

Tambah Munira pula, dia gembira kerana dapat mengakhiri sisa hidup dengan mendalami al-Quran bersama suami. Walaupun kelas diadakan hanya seminggu sekali selama satu jam, banyak perkara dapat dipelajari dan diperbaiki.

“Kini baru sedar banyak kesalahan yang kami lakukan selama ini. Terutama sebutan huruf. Dulu saya ‘main’ sebut saja janji ada bunyi, rupanya apa yang dibaca itu salah. Perlu mengikut makhraj dan tartil yang betul. Alhamdulil­lah, Allah bagi kesedaran dan kelapangan masa kepada kami berdua untuk mempelajar­i al-Quran.

“Jangan rasa bila diri sudah tua tidak perlu memperbaik­i bacaan.

Inilah masanya, sekurangku­rangnya banyak kesalahan boleh diperbaiki. Apabila membuka helaian kitab Allah ini jiwa lebih rasa tenang kerana dapat melunaskan tanggungja­wab sebagai hamba-Nya yang diwajibkan belajar sekiranya tidak tahu,” katanya yang tetap meneruskan kelas mengaji seperti biasa sepanjang Ramadan ini.

Mengakui ada masa terlupa dengan pengajaran yang diberi, namun setiap kali kelas dia dan suami berusaha untuk fokus dan bertanya sekiranya kurang faham. Munira dan suami juga akan cuba meneruskan pengajian sehingga mereka benar-benar menguasain­ya dan membaca dengan betul.

SAMPAI DAKWAH MENERUSI AL-QURAN

Ketika menjadi tenaga pengajar di Pusat Permurnian Akidah Ulu Yam, Selangor, Muhammad Sheikh Bukhari Muhd Arif, 27, melihat kebanyakan penghuni terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak langsung tidak mahir membaca al-Quran.

Ada tidak kenal huruf, masih bertatih membaca dan tidak mengikut tajwid yang betul. Di sekolah walaupun

 ??  ?? MUHAMAD Afif memperbetu­lkan bacaan al-Quran Rosland dan Munira.
MUHAMAD Afif memperbetu­lkan bacaan al-Quran Rosland dan Munira.
 ??  ?? MUHAMAD AFIF
MUHAMAD AFIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia