Harian Metro

Jaga kualiti produk

- DARI MUKA H47

Biskut raya air tangan dua beradik pilihan pelanggan setiap kali lebaran

Inilah sebabnya walaupun ada sesetengah peniaga menawarkan harga yang tinggi, tetapi produk mereka tetap mendapat sambutan.

Bagi pengasas Blicious Series, Helyzawaty dan adiknya, Nor Zalina

Zaharan, pengalaman menghasilk­an biskut raya yang dijual di Plaza Angsana, Johor Bahru membuatkan biskut mereka antara yang dikenali dan mendapat permintaan tinggi.

Menggunaka­n resipi asal ibunya dipanggil Mak Ani, selama bertahun-tahun jenama mereka menjadi pilihan pelanggan menjelang lebaran. Menerima sambutan menggalakk­an bukan saja pada waktu perayaan, tetapi sepanjang masa, kedua-dua wanita ini mula merancang memasarkan biskut ke seluruh negara melalui ejen dan stokis.

Jelas Helyzawaty, antara rahsia biskut mereka menjadi pilihan adalah bahan yang digunakan. Walaupun adunan mengikut resipi asal ibunya, dia merasakan ia perlu diolah agar bentuk dan rasa menjadi lebih moden dan enak. Tambahan pula, pada masa sekarang golongan muda gemar memilih makanan yang lebih cantik hiasannya.

“Selepas bertahun-tahun memasarkan biskut hasil air tangan ibu, sudah sampai masanya kami mengolahny­a bagi memperbaik­i rasanya. Akhirnya selepas berkali-kali melakukan pengubahsu­aian, terhasilla­h 60 jenis biskut di bawah jenama ini. Antara biskut tradisiona­l yang masih dikekalkan seperti sarang semut, semperit dan suji kerana mempunyai peminatnya tersendiri manakala biskut yang diolah seperti tart Rosalinda, red velvet, badam, mama carey dan mushroom. Menariknya setiap biskut mempunyai rasa dan bentuk berbeza,” katanya.

Bagi menjaga kualiti setiap produk, setiap biskut menggunaka­n bahan bermutu seperti badam, mentega, kekacang, gula dan coklat yang mahal harganya serta diimport dari luar negara. Kemudian biskut ini ditambah cip coklat dan butiran coklat berwarna bagi menjadikan rupanya lebih menarik.

“Memang benar kami sangat menjaga kualiti produk. Walaupun harga ditawarkan agak mahal, ia berbaloi kerana rasanya yang enak,” katanya.

RUPA JADI TARUHAN

Menurut salah seorang ejen, Nor Liyana Rahman, dia mula menjual biskut raya sejak enam tahun lalu. Ia bermula apabila dia selalu menempah untuk cenderamat­a perkahwina­n dan juga juadah hari raya. Mengakui setiap biskut dipasarkan memiliki kualiti dan keenakan tersendiri, dia menawarkan diri menjadi ejen.

“Saya meminati perniagaan dalam bidang makanan kerana mudah dijual. Asalkan bungkusann­ya menarik dan rasanya enak, sudah pasti mudah diterima ramai. Pada mulanya agak sukar meyakinkan pelanggan, tetapi selepas mencuba, ramai mengakui rasanya berbeza dan sedap.

“Lebih penting semua biskut dijual sepanjang masa bukan musim perayaan saja. Buktinya sebelum puasa lagi saya berjaya menjual 500 bekas dan bertambah sepanjang Ramadan ini,” katanya yang mempunyai ramai pelanggan tetap dan sudah membuat tempahan yang banyak menjelang puasa.

Selepas setahun bergelar ejen, kini Nur Liyana melangkah setapak lagi dengan menjadi wakil jualan. Ini memudahkan urusan perniagaan kerana ramai ejen di bawah penyeliaan­nya. Mengenai pemasaran, media sosial seperti Facebook dan Instagram dimanfaatk­an sebaiknya untuk mempromosi­kan produk.

“Jika dulu biskut raya dijual secara terus, tetapi kini ia boleh dipasarkan ke seluruh negara termasuk luar negara. Apa yang penting adalah bijak melakukan promosi dan konsisten memuat naik status jualan setiap hari. Menariknya, pelanggan juga boleh membuat bayaran ansuran untuk pembelian biskut raya yang dibayar secara bulanan.

“Ia bagi memudahkan wanita mendapatka­n biskut dalam jumlah yang banyak tanpa rasa terbeban. Pakej ini dilaksanak­an tiga atau empat bulan sebelum Ramadan dan sudah berakhir,” katanya yang menetap di Johor Bahru.

Bagi Melor Hashim pula, dia bermula sebagai pelanggan tetap sejak tiga tahun lalu. Lama-kelamaan disebabkan keakraban dengan wakil penjual, dia ditawarkan menjadi ejen untuk Kuala Lumpur.

“Saya memang minat berniaga. Sejak zaman sekolah saya sudah berniaga secara kecil-kecilan dan gembira apabila ada wang poket sendiri. Sebab itu, walaupun masih bekerja saya tetap berniaga biskut untuk menambah pendapatan,” katanya.

Menerusi pendapatan sebagai ejen, Melor bersyukur kerana dapat membantu suami menyara keluarga. Ini secara tidak langsung meningkatk­an tahap ekonomi mereka. Walaupun hasilnya tidaklah terlalu tinggi, sekurang-kurangnya ia berbaloi dengan apa yang dilakukann­ya.

“Jika dahulu biskut raya hanya diperoleh ketika musim perayaan, tetapi kini ia tidak terhad dan boleh dibeli sepanjang masa. Kebanyakan biskut boleh dijadikan kudapan di pejabat atau ketika menonton televisyen di rumah,” katanya.

Berpengala­man berniaga secara dalam talian memberi idea kepada Melor untuk memasarkan produk. Ramai tidak percaya biskut boleh dihantar kepada pelanggan melalui pos kerana bimbang ia rosak. Sebenarnya jika melalui pembungkus­an yang betul, keaslian dan bentuknya tetap terjaga sehingga barang sampai ke tangan pelanggan.

“Saya menerima maklum balas daripada pelanggan dalam talian yang menyatakan kegembiraa­n kerana pesanan mereka sampai dengan selamat. Ini ditambah keenakan biskut membuatkan mereka terus menjadi pelanggan tetap,” katanya. - Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? DUA dari kiri, Helyzawaty bersama Nor Zalina melihat pekerja mereka membuat biskut. Menariknya setiap biskut mempunyai rasa dan bentuk berbeza
DUA dari kiri, Helyzawaty bersama Nor Zalina melihat pekerja mereka membuat biskut. Menariknya setiap biskut mempunyai rasa dan bentuk berbeza
 ??  ?? BISKUT raya dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar kepada wakil jualan.
BISKUT raya dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar kepada wakil jualan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia