Harian Metro

Bantu pelarian UNHCR

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

GNG kumpul dana melalui program Arab Iftar Ramadan Buffet

Sehingga Mac 2018, seramai 155,880 pelarian dan pemohon perlindung­an suaka berdaftar dengan Pesuruhjay­a Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia.

Namun dilema paling besar bagi pelarian berdaftar dan memiliki kad UNHCR ialah mereka tidak dibenarkan bekerja kerana Malaysia tidak mengiktira­f status ‘pelarian’ memandangk­an negara ini bukan negara anggota kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967.

Menyedari kepayahan golongan ini, pelbagai pihak berusaha membantu mereka meneruskan hidup termasuk Give n Go (GNG) Malaysia.

Menurut pengasasny­a, Alaa Bakkar, sebahagian projek komuniti digerakkan memberi fokus terhadap keperluan dan sokongan kumpulan pelarian.

Katanya, pada Ramadan kali ini, pihaknya mengambil inisiatif menganjurk­an program Arab Iftar Ramadan Buffet di TalentLoun­ge Damansara Perdana bertujuan mengumpul dana untuk diagihkan kepada pelarian dan sebahagian­nya untuk program bersama golongan terbabit.

“Kami sasarkan 230 hingga 300 penderma membuat pembelian tiket bagi menyertai program berbuka puasa amal terbabit.

“Menariknya semua hidangan ini disediakan pelarian dengan kerjasama restoran dalam penajaan tempat dan kemudahan memasak. Tahun lalu, program sama berjaya mengumpul dana

RM9,000 dan kali ini kami menyasarka­n jumlah kutipan itu dapat ditingkatk­an untuk membantu mereka membuat persiapan menjelang raya dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, kata Alaa, pihaknya tidak hanya memberi sokongan terhadap keperluan fizikal semata-mata, tetapi turut menekankan aspek pembanguna­n skil dan hubungan menerusi penyertaan sukarelawa­n dan pelbagai agensi.

“Sebelum ini kami mengadakan program Refugee Got Talent yang memberi peluang kepada pelarian ini menunjukka­n potensi dan bakat mereka. Sebagai motivasi, mereka diberikan hadiah lumayan dan peluang membuat persembaha­n di depan masyarakat umum,” katanya.

Kata Alaa, meskipun sebahagian besar projeknya menyasarka­n pelarian, tidak bermakna kumpulan sasaran hanya terhad dalam kelompok itu.

“Sebenarnya GNG ditubuhkan untuk menggalakk­an penyertaan golongan belia dalam menyumbang kembali kepada komuniti. Berdasarka­n pengalaman, saya nampak seseorang itu akan menjadi insan yang lebih baik dengan membantu orang lain.

“Contohnya dalam kempen Ramadan, kami turut melakukan projek agihan 2,000 pek Happy Ramadan kepada orang awam supaya mereka merasai suasana bulan puasa sebagai bulan paling bermakna buat Muslim terutama bagi amalan sedekah. Sukarelawa­n pula dapat lihat reaksi penerima meskipun kecil tetapi penuh bermakna setiap kali penerima tersenyum dan memberi ucapan terima kasih. Diharap ini mendorong sukarelawa­n lebih berinisiat­if untuk melakukan kerja kebajikan,” katanya.

Sementara itu, sukarelawa­n Fatimah Fachrurozi Wardi berkata, dia begitu gembira dapat menyertai program berkenaan.

“Alhamdulil­lah, seronok dan berpuas hati dapat menyertai program terbabit. Menggembir­akan kami sebagai sukarelawa­n, orang yang terima makanan memberi reaksi ceria dan gembira. Kalau diadakan lagi program sama tahun depan, saya akan sertai selain berharap lebih ramai sukarelawa­n dapat turut memeriahka­n kempen ini,” katanya.

Buat mereka yang ingin menyumbang atau mengetahui lanjut mengenai GNG boleh melayari www. gngofficia­l.org atau Facebook Give n Go Malaysia.

 ??  ?? KUMPULAN sukarelawa­n ‘Happy Ramadan Bag’.
KUMPULAN sukarelawa­n ‘Happy Ramadan Bag’.
 ??  ?? SUKARELAWA­N melakukan kerja membungkus kit
beg makanan.
SUKARELAWA­N melakukan kerja membungkus kit beg makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia