Harian Metro

Adeep tidak terburu-buru

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Walaupun giat mengatur perjalanan kerjayanya sebagai penyanyi solo, Adeep Nahar tidak bercadang meninggalk­an tugasnya sebagai guru vokal.

Adeep yang baru-baru ini muncul naib juara program Gema Gegar Vaganza 2018 (GGV 2018) berkata, dia akan terus menabur bakti sebagai guru vokal di Akademi Suara.

“Walaupun penyertaan saya dalam GGV 2018 sebagai satu daripada usaha untuk membina kerjaya nyanyian solo, jiwa saya juga sebati dengan mengajar vokal.

“Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk meninggalk­an tugas sebagai guru vokal dan akan memastikan ia dapat bergerak seiring.

“Minat saya pada nyanyian cukup mendalam, cuma kini berasakan sampai masa untuk saya cuba dan berusaha menyanyi secara solo. Selepas dua kali menyanyi berkumpula­n, sekarang mungkin masa yang tepat untuk bergerak solo dengan genre muzik yang sesuai dengan saya,” k a.

Mahu cuba nasib menyanyi solo tanpa

tinggalkan kerjaya guru vokal

Adeep yang berjaya membawa pulang hadiah kemenangan RM30,000 berkata, dia kini dalam proses untuk muncul dengan single solo barunya.

Namun, pemilik nama sebenar Abdul Mutalib Nahar ini tidak mahu bersikap terburu-buru, apatah lagi sekarang ini bulan Ramadan.

“Saya perlu membuat perancanga­n teliti untuk single solo ini. Apa yang penting, tidak terburu-buru dan ia muncul pada masa sesuai.

“Selain itu, saya juga perlu mengatur masa dan jadual yang betul kerana biarlah apa dirancang kali ini menjadi seperti diinginkan. Apapun, saya mengucapka­n terima kasih kepada semua penyokong yang menonton persembaha­n saya dalam GGV 2018 lalu,” katanya.

Bapa kepada dua anak ini juga mengucapka­n terima kasih kepada penyanyi Mark Adam kerana sokongan padu diberikan dan memahami impian utamanya

Adeep memberitah­u, Mark yang juga pemilik Akademi Suara sanggup membenarka­n dia bercuti seketika demi memberi fokus dalam persaingan di pentas GGV 2018 itu.

“Walaupun saya dan Mark berkawan baik dan kami bagaikan saudara, saya tetap menghormat­i dia yang begitu prihatin orangnya.

“Apabila mendapat tawaran GGV 2018, saya berbincang dengan Mark dan dia minta saya ambil peluang itu serta jangan lepaskan,” katanya.

Menurut Adeep, Mark juga tahu memang selama ini dia menyimpan impian untuk menyanyi secara solo.

Terdahulu, pada awal kerjaya nyanyianny­a, Adeep pernah menganggot­ai kumpulan The Fabulous Cat dan kemudian dia bersama kumpulan Muhibbain pula.

 ??  ??
 ??  ?? ADEEP mahu capai impian dalam dunia seni.
ADEEP mahu capai impian dalam dunia seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia