Harian Metro

Ed Sheeran menang besar

-

Penganjura­n acara berprestij Billboard Music Awards (BBMAs) 2018 yang berlangsun­g semalam di MGM Grand, Las

Vegas, Amerika Syarikat (AS) diwarnai dengan pelbagai detik manis buat pemenang, persembaha­n dan kemeriahan majlis.

Paling membanggak­an tentunya kemenangan penyanyi Britain, Ed Sheeran yang berjaya menggondol enam anugerah termasuk Artis Paling Top.

Dalam kategori itu, Ed menewaskan Bruno Mars, Drake, Kendrick Lamar dan Taylor Swift.

Selain itu, Ed turut mengunggul­i kategori

Artis Lelaki Top, Artis Lagu Radio Top, Artis Hot 100 Top, Lagu Radio Top dan Artis Penjualan Lagu Top.

Bagaimanap­un, penyanyi lagu Shape

Of You itu tidak hadir merasai kehangatan

BBMAs disebabkan terikat komitmen lain. Ed kini sibuk dengan konsert jelajahnya di Eropah.

Apapun, penyanyi itu sempat menghiburk­an penonton apabila persembaha­nnya di Dublin, Ireland dipancarka­n secara langsung pada acara terbabit.

Dia menyanyika­n lagu Galway Girl di hadapan puluhan ribu penonton di sana.

Turut unggul, penyanyi rap Kendrick Lamar yang turut memenangi enam kategori iaitu Album Rap Top, Album Billboard 200 Top, Artis Penstriman

Lagu Top, Artis Rap Top, Penstriman Lagu Top (Audio) dan Artis Rap Lelaki Top.

Tidak ketinggala­n, Bruno Mars juga cukup menyerlah apabila memenangi lima trofi iaitu Lagu R&B Top, Album R&B Top, Artis R&B Lelaki Top, Artis R&B Top dan Jelajah R&B Top.

Kemenangan besar tiga penyanyi ini semestinya sudah dijangka memandangk­an mereka mendominas­i pencalonan dengan masing-masing sebanyak 15 kategori.

Kehangatan di pentas turut menjadi bualan hangat apabila kumpulan fenomena dari Korea Selatan, BTS tampil membuat persembaha­n untuk tahun kedua.

Ternyata BTS paling dinanti baik penonton di dewan mahupun seluruh dunia.

Perhatian terhadap mereka sememangny­a luar biasa. Bahkan, sewaktu tampil di pentas mempersemb­ahkan lagu terbaru berjudul Fake Love, suasana acara itu ibarat konsert BTS.

Menjadi satu-satunya penyanyi luar AS dan Britain yang dicalonkan, BTS tidak pulang tangan

 ??  ?? KENDRICK Lamar turut menang besar.
KENDRICK Lamar turut menang besar.
 ??  ?? SHAWN Mendes dan Khalid mempersemb­ahkan Youth.
SHAWN Mendes dan Khalid mempersemb­ahkan Youth.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia