Harian Metro

Tak mahu dengar nasihat

-

Selama menjadi pemerhati dalam industri hiburan tanah air, SS tak nafikan banyak perubahan berlaku.

Ditambah lagi kemunculan bintang baru yang digelar ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ atau BBNU.

Tak kiralah dalam bidang lakonan, pengacaraa­n, nyanyian atau penciptaan lagu.

Apa yang SS nak ceritakan ini mengenai seorang komposer muda yang berkaliber dan berbakat besar dalam bidang muzik.

Menurut seorang teman SS, komposer meningkat naik ini sanggup menjual hasil lagu ciptaannya semata-mata mahu mendapatka­n wang dengan segera.

Walaupun sudah dinasihatk­an pihak tertentu supaya dia mengutamak­an hak cipta karya itu kekal atas namanya, komposer muda ini tetap berdegil.

Menurut teman SS, apa yang dipentingk­an komposer itu ialah dia mendapat wang segera. Ke arah mana wang diperoleh itu nak digunakan tak pula diketahui.

Takkanlah pula komposer muda itu terbabit dalam kes pinjaman ceti haram sebab tak pernah pula SS nampak dia memandu kereta baru buat masa ini.

Malah, nak dikatakan komposer ini ada teman wanita, SS intai-intai di laman media sosialnya tidak pula dimuat naik gambar gadis cantik.

Entahlah, apa masalah sebenar dihadapi hanya komposer muda itu saja yang tahu. Apapun, SS mendoakan yang baik-baik saja.

Pesan SS, dapat sejumlah duit sekelip mata takkan jadi apa jika tidak tahu menguruska­n penggunaan kewangan yang betul.

Malah, kepada komposer muda itu diingatkan supaya jangan leka dengan kesenangan sementara. Fikir-fikirkan usia tua atau apabila berkeluarg­a.

Bertepatan dengan kehadiran Ramadan ini, marilah muhasabah diri ke arah lebih baik. Ingatan ini untuk SS juga.

SS: Sentiasa ingat pepatah ‘langit tidak selalu cerah’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia