Harian Metro

Berkerat rotan, berpatah arang

-

Baru-baru ini, ada seorang rakan memberitah­u SS mengenai sengketa yang terjadi di antara dua penyanyi berkumpula­n popular dan dikenali ramai.

Apa yang SS tahu, dulunya hubungan dua kumpulan ini sangat baik serta boleh dilabel umpama mentor dan protege.

Namun, entah di mana silapnya kata rakan SS, dua kumpulan ini sudah tidak sehaluan serta hubungan juga tidak sebaik dulu.

Malah, dengarnya disebabkan hubungan keruh itu, tiada lagi jalinan kerjasama kedua-dua pihak termasuk membuat susunan muzik pada lagu yang dicipta.

Terkejut juga SS mendengar cerita ini kerana hubungan baik yang akrab sejak sekian lama akhirnya terputus juga.

Ada juga SS fikir, mungkinkah punca persengket­aan yang tiba-tiba berlaku itu disebabkan wang. Maklumlah, sekarang ini wang adalah ‘raja’ kehidupan.

Adik-beradik pun sanggup putus saudara kerana wang, inikan pula hanya hubungan persahabat­an. Apapun, SS bersikap positif saja.

Mungkin memang wujud perselisih­an faham di antara dua kumpulan ini tetapi ia tidak diselesaik­an secara baik. Jadi, kesempatan hadirnya Ramadan ini SS sarankan bawa-bawalah berbincang.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun, industri hiburan negara kita tidaklah sebesar mana. Jadi, sampai bila nak bermasam muka.

SS: Maaf ya, pada sesiapa saja yang sudah disakiti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia