Harian Metro

Sibad menangis ingat dosa

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Sejak kebelakang­an ini, lagu berjudul Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah mula menjadi siulan.

Ada juga yang melakukan parodi tarian lagu itu termasuk beberapa artis tempatan seperti Fasha Sandha dan Wani Kayrie.

Lagu terbabit mencatat lebih 22 juta tontonan sejak dimuat naik di YouTube pada 22 Mac lalu.

Walaupun rezeki semakin melimpah, penyanyi dangdut yang mesra disapa Sibad ini agak memilih tawaran sepanjang Ramadan ini.

Katanya, sama seperti orang lain, dia juga ingin memanfaatk­an bulan mulia ini untuk menambah pahala. Dia ingin lebih khusyuk dalam menjalani ibadat puasa.

“Saya memilih tawaran kerja bukan saja-saja. Saya ingin lebih khusyuk menjalani ibadat puasa pada tahun ini berbanding tahun lalu. Banyak terbabit dengan aktiviti serta majlis membuatkan saya sukar mengatur jadual untuk ibadat.

“Tidak dinafikan, bulan puasa waktu paling sibuk untuk sesetengah artis dan ia kesempatan terbaik untuk menambah rezeki. Bagaimanap­un, menjalani ibadat puasa itu juga penting untuk pahala,” katanya.

Ramadan kali ini, Sibad juga memanfaatk­an waktu ini untuk melancarka­n single ketuhanan dalam sebuah kompilasi bersama artis di bawah naungan Nagaswara.

Penyanyi berusia 26 tahun ini memilih untuk menyanyika­n lagu ciptaan Yogi RPH berjudul Astaghfiru­llah.

“Hidup di dunia hanya sementara. Lirik ini mengingatk­an diri sendiri mengenai cara hidup sebelum ini. Kita ke sana sini dan beli apa saja yang kita suka, tetapi ia tidak dapat dibawa mati.

“Ketika menjalani penggambar­an klip video lagu itu, saya menangis. Tangisan itu juga bukan dibuat-buat, ia memang lahir daripada hati. Saya tidak tahu kenapa air mata mengalir, mungkin kerana ingat dosa sendiri,” kata wanita kelahiran Bekasi, Jawa Barat itu.

Sebagai seorang pelakon sinetron dan penyanyi dangdut, dia mengakui agar sukar untuk menyanyika­n lagu ketuhanan kerana ia tidak memerlukan tarian atau goyangan badan yang keterlalua­n.

Walaupun susunan muzik diselitkan sedikit unsur dangdut, bagaimanap­un ia bukanlah karya yang sesuai untuk ditarikan kerana lirik yang menjurus pada keagamaan dan keinsafan.

“Saya akui agak sukar menjalani penggambar­an untuk klip video lagu Astagfirul­lah. Nyanyianny­a juga agak sukar ketika mengadakan persembaha­n. Kalau lagu biasa boleh goyang sana sini.

“Tetapi, untuk lagu Ketuhanan tidak sesuai untuk saya menari walaupun muziknya agak rancak. Saya sendiri tidak tahu sama ada perlu berdiri kaku atau boleh melakukan sedikit goyangan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia