Harian Metro

Belum lahir sudah sakit

 Ibu reda bayi derita penyakit kepala besar

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

Bermula dalam kandungan hingga lahir ke dunia ini, Siti Nur Aafiyah Roslan diuji dengan masalah kesihatan yang kronik, sekali gus meresahkan ibu bapanya.

Bayi berusia sebulan itu menderita penyakit kepala besar kerana lebihan cecair dan hingga kini masih memerlukan rawatan khusus. Ibunya, Mardiah Ahmad Mokhtar, 36, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak dalam kandungan.

Katanya, ketika kandungan memasuki empat bulan, doktor di Klinik Kesihatan Maran mengesahka­n bayinya tidak sihat dan mengalami komplikasi di bahagian kepala.

“Bayangkan mengandung dalam keadaan kami tahu anak dilahirkan bermasalah. Saya dan suami (Roslan Mat Husin, 39) sedih dan kami terdiam apabila dimaklumka­n.

“Ujian Allah SWT untuk kami sekeluarga berat dan saya melalui proses kehamilan dalam keadaan tidak tenang dan kerap menangis. Anak penguat semangat dan saya sedar kena bersedia mental dan fizikal menyambut kelahirann­ya.

“Proses melahirkan Siti Nur Aafiyah lancar cuma luka pembedahan saya panjang kerana kepalanya besar,” katanya ketika ditemui di FELDA Jengka 6, di sini.

Menurutnya, selepas dilahirkan, anak istimewa itu dalam pemantauan pakar. Pada 4 Mei lalu dia menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi meletakkan alat untuk mengeluark­an lendir di kepala.

Katanya, dugaan lebih besar selepas pembedahan apabila Siti Nur Aafiyah demam, mengalami komplikasi dan tidak memberi tindak balas baik yang terus menguji kecekalan suri rumah itu.

“Namun, saya bersyukur dapat melalui dugaan ini berbekal doa, sokongan dan semangat daripada keluarga serta rakan. Juga bantuan kewangan daripada dermawan yang prihatin.

“Menjaga bayi seperti Siti Nur Aafiyah tidak mudah, malah lebih menduga ketabahan berbanding menjaga anak sulung (Maisarah, 11) yang cacat fizikal dan lembam,” katanya.

Mardiah berkata, ketika ini semua rawatan susulan Siti Nur Aafiyah dipindahka­n ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan pakar memaklumka­n bayi itu perlu menjalani beberapa pembedahan lagi.

 ??  ?? MARDIAH memangku anaknya, Siti Nur Aafiyah ketika menerima rawatan di PPUM.
MARDIAH memangku anaknya, Siti Nur Aafiyah ketika menerima rawatan di PPUM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia