Harian Metro

Duka menjelang Ramadan

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 Pelarian Rohingya cari laluan selamat seberang Sungai Naf untuk berlindung di Bangladesh

Jika umat Islam lain di seluruh dunia sibuk melakukan persiapan berbuka puasa di bulan Ramadan, pelarian etnik Rohingya pula bertungkus-lumus mencari laluan selamat untuk menyeberan­g Sungai

Naf seterusnya berlindung di Bangladesh.

Apa yang menyedihka­n keadaan dan situasi di kem tempat pelarian ini berlindung tidak banyak berubah serta sama seperti ketika krisis memuncak hujung tahun lalu yang mendapat perhatian dunia.

Penyelaras i-Reach Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Johan Ariff Ismail berkata, secara purata 100 pelarian Rohingya menyeberan­gi sungai berkenaan setiap hari.

Johan berkata, biarpun terus diduga dengan pelbagai masalah termasuk bekalan makanan terhad, pelarian yang sudah berada di kem memanfaatk­an masa dengan membaca al-Quran disumbangk­an saudara Muslim dari seluruh dunia.

“Masjid Jamek di Kem Balukhali kini dalam pembinaan. Walaupun belum siap namun bangunan itu tetap menjadi tumpuan dan digunakan etnik Rohingya untuk beribadah serta melakukan aktiviti lain.

“Baru-baru ini, kami mengedarka­n 1,000 pek makanan boleh dikongsi antara 5,000 hingga 6,000 pelarian yang baru tiba di kem itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mendirikan empat lagi masjid menggunaka­n dana sumbangan rakyat Malaysia dan Singapura iaitu Masjid Umar, Masjid Abu Bakar, Masjid Ismaili Tajmarkola dan Masjid Usman Affan.

Menurutnya, meskipun hidup dalam kepayahan, setiap pelarian tetap istiqamah dalam meneruskan kehidupan seharian.

“Bila memerhatik­an persekitar­an kem ini, saya berasa insaf lebih-lebih lagi bila melihat ketekunan dan kesungguha­n kaum wanita yang pernah menjadi mangsa kekejaman di Maungdaw mengajar al-Quran kepada anak-anak pelarian.

“Bantuan lain yang sedang dan akan disampaika­n adalah membabitka­n aspek pendidikan. Kami juga sediakan bantuan berkhatan dan membina lebih banyak telaga tiub,” katanya ketika ditemui.

Bagi mereka yang ingin menyumbang, boleh layari laman web www.ireach.org.my.

 ??  ?? KANAK-KANAK membaca al-Quran di Masjid Jamek Kem Balukhali.
KANAK-KANAK membaca al-Quran di Masjid Jamek Kem Balukhali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia