Harian Metro

Cengal RM3j disorok Geng Azhar lesap

-

Jertih: Kira-kira 300 tan kayu cengal bernilai RM3 juta yang ditempatka­n sindiket Geng Azhar di lokasi transit di ladang getah Kampung Pekan Sari di sini, lesap selepas mereka menyedari kegiatan dihidu Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT).

Rentetan daripada penahanan tiga lelaki dipercayai ahli sindiket itu pada 29 April lalu, pasukan penguatkua­saan JPNT mengesan dua lokasi yang dijadikan transit kayu balak dicuri.

Di lokasi transit ladang sawit dekat Kampung Gong Medang di sini, pihak berkuasa menemui lima longgokan kayu balak pelbagai bernilai RM60,000.

Bagaimanap­un, Pengarah JPNT Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid berkata, pihaknya percaya sindiket terbabit segera memindahka­n 300 tan kayu cengal berkualiti tinggi di lokasi transit kedua ke kawasan lain bagi mengelakka­n dirampas.

“Pada Jumaat lalu, pasukan serbuan mengesan lokasi transit yang menempatka­n 40 kayu balak pelbagai di ladang sawit.

“Mengetahui kegiatan mereka terdedah, sindiket dipercayai segera memindahka­n kayu cengal yang lebih bernilai itu ke lokasi lain bagi mengelak ia dirampas.

“Apabila pasukan serbuan tiba di lokasi kedua, kami mendapati hanya sebatang saja kayu cengal ditinggalk­an manakala selebihnya dipercayai dipindahka­n,” katanya.

Ahmad Fadzil berkata, pihaknya kini dalam proses mengesan lokasi digunakan sindiket untuk menyembuny­ikan kayu balak bermutu tinggi terbabit.

Justeru, orang ramai diminta membantu menyalurka­n maklumat supaya JPNT melumpuhka­n sindiket bagi mengelak lebih banyak kerosakan di kawasan hutan simpan di Besut dilakukan lanun rimba.

 ??  ?? KAKITANGAN JPNT memeriksa pelbagai kayu balak haram yang disimpan di ladang sawit dan getah di Kampung Medang.
KAKITANGAN JPNT memeriksa pelbagai kayu balak haram yang disimpan di ladang sawit dan getah di Kampung Medang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia