Harian Metro

Kes Pengarah JANS, isteri ditunda Nasihat

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

Perbicaraa­n kes pengubahan wang haram membabitka­n bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), isterinya dan dua bekas Timbalan Pengarah jabatan sama yang sepatutnya bersambung semalam hingga Khamis ini, digantung.

Ia dibuat selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman yang meminta agar perbicaraa­n itu digantung sehingga kes rayuan seorang tertuduh, Teo Chee Kong di Mahkamah Rayuan selesai.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu yang membenarka­n perbicaraa­n bagi Chee Kong digantung sehingga rayuannya berhubung beberapa perkara berkaitan kesnya diputuskan mahkamah berkenaan.

Tengku Amir Zaki berkata, walaupun penggantun­gan yang dibuat Mahkamah Rayuan itu hanya membabitka­n seorang tertuduh, perbicaraa­n tiga tertuduh lain juga perlu digantung kerana semua tertuduh menggunaka­n saksi yang sama.

Seorang remaja lelaki dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pelbagai pertuduhan membabitka­n perbuatan pengganas Daish berkaitan rancangan menyerang The Better Festival Beer 2017 di ibu negara, Oktober tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhamad Hafizi Mat Jusoh, 20, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja kesemua pertuduhan dibacakan kepadanya.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Mohd Sofian menasihati tertuduh supaya belajar bersungguh-sungguh dan mencipta sesuatu yang membanggak­an negara memandangk­an usianya masih muda.

“Kamu ada idea bernas tapi boleh datangkan kemudarata­n

 Remaja hadapi 4 pertuduhan berkaitan Daish diminta berbakti kepada negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia