Harian Metro

Cuba bunuh polis

- Farah Marshita Abdul Patah cnews@nstp.com.my

 Drebar lori mengaku salah langgar sekatan jalan raya dijel 5 tahun

Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh seorang polis trafik dan melanggar sekatan jalan serta melarikan diri daripada pemeriksaa­n polis sehingga menyebabka­n kerosakan kepada kenderaan lain, awal bulan ini.

Majistret Nor Afidah Idris menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nik Muhamad Khairul Azhar Nik Azmi, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan terbabit.

Nik Muhamad dipenjara lima tahun bagi kesalahan cubaan bunuh terhadap anggota polis, Mohd Ridzuan Zakaria dengan cuba melanggar dan menghimpit mangsa menggunaka­n lori dengan nombor pendaftara­n BMN 6569 di Lebuhraya Grand Saga, Hulu Langat, di sini, jam 11 pagi, pada 7 Mei lalu.

Dia turut dikenakan penjara setahun atas tuduhan melanggar sekatan jalan raya dan tidak memberikan kerjasama kepada Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav ketika menjalanka­n tugasnya di tempat, tarikh dan masa sama.

Bagi kedua-dua kesalahan itu dia didakwa, masing-masing mengikut Seksyen 308 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Nik Muhamad turut dijatuhi penjara dua tahun bagi tuduhan khianat dengan sengaja melanggar kereta Toyota Hilux berwarna hitam milik Mohd Suffian Mohamed Husaini, 47, dan menyebabka­n kerugian bernilai RM2,000 di tarikh, tempat serta masa sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut menjatuhka­n hukuman penjara dua tahun terhadap tertuduh atas kesalahan memandu lori dengan merbahaya apabila tidak memberhent­ikan kenderaan untuk pemeriksaa­n ketika sekatan jalan raya dan cuba melanggar anggota polis dan beberapa buah kenderaan, di tempat, tarikh dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1947, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang dua tahun dari tarikh sebutan.

Mahkamah bagaimanap­un memerintah­kan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 7 Mei lalu dan lesen memandu tertuduh digantung selama tempoh tiga tahun.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Nor Asyikin Zakaria memohon dikenakan hukuman penjara minimum dengan alasan sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suraya Ahmad, membantah rayuan itu kerana kesalahan membabitka­n tindakan yang sangat bahaya bukan saja kepada diri sendiri, malah orang awam.

“Pihak pendakwaan memohon hukuman berat kerana kes ini mendapat liputan media yang luas, selain memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

“Pihak pendakwaan turut memohon supaya lesen tertuduh digantung untuk tempoh selama dua tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia