Harian Metro

Dua penganggur dihukum penjara 4 tahun, 3 sebatan

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhka­n hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan terhadap dua penganggur atas kesalahan merompak seorang pemandu Grab, Mac lalu.

Hakim Zamri Bakar menjatuhka­n hukuman itu terhadap Azirul Samsudin, 22, dan Abdul Manap Sabarin, 24.

Kedua-dua tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah, bagaimanap­un menukar pengakuan selepas kes disebut semula.

Mereka didakwa bersama-sama merompak mangsa yang berusia 28 tahun dengan melarikan telefon bimbit jenama Samsung J7 dan wang tunai RM100.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Flat Jinjang Baru, Sentul di sini pada jam 3.30 pagi, 18 Mac lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa mengambil penumpang iaitu kedua-dua lelaki itu yang mahu ke Flat Jinjang Baru, dekat sini.

Bagaimanap­un setibanya di Brem Mall, mangsa mendapati penumpang sudah membatalka­n tempahan, namun dia meneruskan perjalanan ke Flat Jinjang.

Setibanya di situ, salah seorang penumpang merangkul leher mangsa dan seorang lagi merampas telefon bimbit dan wang tunai RM100 sebelum melarikan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia