Harian Metro

Anjur kembali Klinik Al-Fatihah

-

Sambutan yang memberangs­angkan pada Ramadan tahun lalu mendorong Prasarana Malaysia Berhad sekali lagi menganjurk­an Klinik Al Fatihah di stesen LRT Masjid Jamek di sini.

Program dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat itu, memberi peluang kepada orang ramai beragama Islam memantapka­n bacaan surah Al Fatihah masing-masing.

Ketua Hal Ehwal Media Kumpulan Prasarana, Azhar Ghazali berkata, atas sambutan penumpang pada musim lalu, di bawah Rapid KL, program diteruskan bersempena bulan Ramadan.

“Program dilaksanak­an bersama Masjid Jamek Kuala Lumpur dan pelajar Sekolah Tahfiz Darul Furqan dari Kuala Kubu Baru, Selangor.

“Dilancarka­n semalam, orang ramai boleh menyertai program di ruang legar utama Stesen Masjid Jamek dan dibuka pada jam 2 hingga 4 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan jam 11 pagi hingga 6.30 petang pada hari Sabtu dan Ahad,” katanya dalam satu kenyataan media.

Azhar berkata, Rapid KL turut merakamkan penghargaa­n kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Sekolah Tahfiz Darul Quran atas sokongan mereka untuk program tahun ini.

“Kami menerima sambutan menggalakk­an tahun lalu.

Ramai yang mahu memantapka­n lagi bacaan Al Fatihah masing-masing kerana ia surah penting dan juga rukun dalam solat.

“Kami di Rapid KL amat berbesar hati untuk memberi sumbangan ini kepada pengguna pengangkut­an ini,” katanya.

Kami di Rapid KL amat berbesar hati untuk memberi sumbangan ini kepada pengguna”

Azhar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia