Harian Metro

Cekup 5 penyamun

- Ayusliza Azizan cnews@nstp.com.my

 Polis berjaya rampas semula wang tunai RM1.2 juta

Lima lelaki ditahan selepas terbabit dalam kes rompakan sebuah syarikat kawalan keselamata­n di Sungai Dua, Rawang minggu lalu.

Mereka iaitu tiga anggota tentera, bekas tentera dan pemandu Grab ditahan susulan kejadian bekas pegawai tentera berusia 38 tahun yang juga pengurus cawangan syarikat kawalan keselamata­n terbabit melari- kan wang tunai RM2.6 juta yang diletakkan di sebuah bilik kebal pada 14 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, susulan kejadian itu, pada jam 12.30 tengah malam, 18 Mei lalu sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Selangor membuat serbuan di Putrajaya dan menahan lelaki berusia 34 tahun yang juga anggota tentera darat berpangkat kapten.

“Hasil soal siasat, jam 6.45 pagi hari sama sepasukan polis JSJ D9 Selangor membuat serbuan di sebuah rumah di Kuantan dan berjaya menahan suspek utama bersama lelaki berusia 30 tahun yang juga anggota tentera.

“Dalam serbuan itu polis berjaya merampas semula wang tunai RM715,000 dalam dua beg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Mazlan berkata, pada jam 8.25 pagi hari sama, pasukan polis berjaya menahan seorang lagi anggota tentera (koperal) di Kuantan dan merampas wang tunai RM100,000 dalam sebuah beg.

Beliau berkata, jam 10 malam, sepasukan polis membuat serbuan di Sepang dan berjaya menangkap lelaki berusia 41 tahun yang juga pemandu Grab serta merampas wang RM427,897.

Menurutnya, keseluruha­n wang yang berjaya dirampas kembali setakat ini RM1.2 juta dan polis sedang menyiasat bagi mengetahui lokasi baki duit hasil rompakan itu.

Katanya, lima suspek itu ditahan reman sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan rompakan bersenjata dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

 ??  ?? MAZLAN (dua dari kiri) menunjukka­n wang tunai yang dirampas daripada suspek, semalam.
MAZLAN (dua dari kiri) menunjukka­n wang tunai yang dirampas daripada suspek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia