Harian Metro

Tak tergamak tinggal isteri

- Ahmad Ismail cnews@nstp.com.my

Sejak dua bulan lalu, seorang mualaf tidak lagi keluar berniaga untuk menyara keluarga, sebaliknya tugasnya beralih kepada menjaga isteri yang menghidap barah usus tahap tiga.

Muzzafar Abdullah, 48, berkata, mereka kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan RM300 daripada Baitulmal, memandangk­an kedai makan yang diusahakan sukar beroperasi tanpa bantuan si isteri.

Katanya, isterinya, Maisarah Abdullah, 46, yang juga mualaf menghidap penyakit bawa maut itu, tiga tahun lalu selepas menghadapi komplikasi kencing manis dan darah tinggi.

“Pada 3 Mei lalu, doktor sahkan usus besar dan hati Maisarah membengkak, malah keadaannya bertambah kritikal serta perlu menjalani pembedahan yang sepatutnya berlangsun­g 16 Mei lalu.

“Namun, pakar di Hospital Segamat menunda tarikh itu kepada 28 Mei. Saya bimbang keadaan isteri dan berharap ia dapat disegeraka­n.

 Peniaga hanya bergantung bantuan bulanan jaga isteri hidap barah usus tahap tiga

“Lagipun kami tidak mampu ke hospital swasta yang mana kos rawatannya lebih tinggi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Siput, semalam.

Meskipun sedar tanggungja­wab mencari nafkah, Muzzafar tidak tergamak untuk meninggalk­an isterinya yang hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu menguruska­n diri.

Katanya, wanita kesayangan­nya itu juga terpaksa memakai lampin pakai buang dan bergantung kepada ubat-ubatan hospital.

Menurutnya, orang ramai yang mahu menghulurk­an sumbangan boleh menyalurka­nnya ke akaun Maybank 1623937982­01 atas nama Muzzafar atau menghubung­inya di talian 0111213713­1.

“Ikutkan pendapatan kami terjejas disebabkan hampir dua bulan tidak dapat berniaga tetapi isteri lebih penting daripada segala-galanya,” katanya.

 ??  ?? MUZZAFAR bersama Maisarah yang disahkan menghidap barah usus tahap tiga.
MUZZAFAR bersama Maisarah yang disahkan menghidap barah usus tahap tiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia