Harian Metro

Tiada semangat sambut raya

-

Pontian: “Kami tiada semangat mahu membuat persiapan raya kerana sedih dengan musibah yang menimpa ini,” kata Zaidah Hamzah, 46.

Zaidah berkata, mereka lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman pusakanya berusia 20 tahun musnah dalam kebakaran di Kampung Tenggayun, Kilometer 56, Jalan Johor, Pontian petang, kelmarin. Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 4.30 petang selepas sejam dia keluar rumah mengambil anak bongsu dari sekolah agama dan dua adik perempuan yang pulang dari kerja kilang.

“Ketika sampai rumah saya ternampak api sebelum meminta bantuan jiran dan dalam sekelip mata api marak kerana rumah ini dibina daripada kayu dan batu.

“Motosikal Yamaha milik bapa mentua juga musnah dengan anggaran kerugian RM20,000,” katanya selepas menerima sumbangan barangan keperluan bernilai RM1,000 daripada Pasar raya Econsave Cash And Carry, semalam.

Sumbangan disampaika­n Pengurus Operasi pasar raya itu, Mas Imran Adam.

Dalam pada itu Zaidah berkata, buat masa ini, dia sekeluarga tinggal di rumah jiran sementara memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampira­n.

“Suami (Rozi Taib, 51) bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500, manakala saya penjaja makanan ringan serta dua adik perempuan berusia 32 dan 35 tahun hanya bekerja kilang.

Orang ramai boleh menghulurk­an bantuan melalui akaun CIMB milik Zaidah 7070300858.

 ??  ?? RUMAH yang musnah dalam kebakaran di Kampung Tenggayun, KM56, Jalan Johor, kelmarin.
RUMAH yang musnah dalam kebakaran di Kampung Tenggayun, KM56, Jalan Johor, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia