Harian Metro

Syarikat pembinaan kini berdepan ketidakpas­tian

-

Kuala Lumpur: Syarikat pembinaan kini berdepan ketidakpas­tian mengenai pelaksanaa­n projek prasarana utama berikutan kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penganalis­is berkata, semakan semula projek mega sebagaiman­a yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini menjadi kebimbanga­n utama bagi peserta industri terutamany­a berkaitan dengan penambahan kontrak di masa depan.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menurunkan saranan sektor berkenaan kepada ‘neutral’ berikutan kebimbanga­n bahawa projek prasarana utama seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) mungkin akan ditangguhk­an. Penganalis­is Maybank IB, Adrian Wong dan Wong Chew Hann dalam satu laporan berkata, perkara berkenaan berkemungk­inan menjadi keutamaan semula kerajaan baru selepas ia menyemak semula kewangan negara.

“Di bawah manifesto PH pada PRU14, satu daripada janjinya adalah untuk menyemak semula projek mega yang diberikan kepada syarikat asing.

“Kami percaya, ECRL dan trek rel berkembar Gemas-Johor Bahru akan berada dalam senarai untuk semakan semula berikutan kontrak kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC) diberikan kepada kontraktor China.

“Projek HSR KL-SG juga boleh ditangguhk­an kerana kerajaan baru menyemak semula projek utama di masa hadapan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebarang kelewatan dalam pemberian kontrak boleh memberi kesan kepada peluang penambahan kontrak bagi kontraktor seterusnya mengehadka­n prospek pertumbuha­n pendapatan.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keutamaan semula yang diberikan kepada projek mega berkenaan akan menyebabka­n penjimatan besar dalam kewangan kerajaan.

“Langkah seumpama itu telah dilakukan pada tahun 1990-an apabila beberapa projek mega yang dirancang dan ia boleh mengimbang­i kerugian pendapatan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia