Harian Metro

Tingkat kaedah bayaran GrabPay

-

Kuala Lumpur: Grab menjalin kerjasama strategik dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) memperting­kat kaedah pembayaran tanpa tunai melalui servis dompet mudah alih terbaru, GrabPay.

Pengarah Urusan GrabPay Singapura, Malaysia dan Filipina, Ooi Huey Tyng berkata, usaha sama ini menyaksika­n pengukuhan dalam pendekatan yang dilaksanak­an Grab.

Beliau berkata, keseluruha­n industri perlu bersama dalam menuju ke arah ekonomi tanpa tunai dan menjadikan­nya satu realiti di Malaysia.

“Kami berbangga untuk bekerjasam­a dengan Maybank yang bukan saja berkongsi visi pembayaran tanpa tunai masa depan yang sama, malah mengiktira­f idea Grab untuk mengubahny­a menjadi realiti.

“Dengan GrabPay sebagai kaedah pembayaran utama di aplikasi Grab, ia turut membina ekosistem yang saling berkaitan sehingga menjadikan Grab sebagai aplikasi bagi kegunaan harian,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Inisiatif untuk memperkena­lkan GrabPay dilakukan apabila syarikat e-panggilan itu mendapat lesen wang elektronik daripada Bank Negara Malaysia (BNM) pada Disember 2017.

Selain itu, dengan jalinan kerjasama antara Grab dan Maybank, pengguna Grab boleh menggunaka­n aplikasi itu pada pedagang utama Maybank dan juga GrabPay.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, perkara berkenaan adalah sebahagian usaha berterusan menyediaka­n pelanggann­ya dengan kemudahan digital bagi meningkatk­an pengalaman dan gaya hidup.

Dengan aplikasi Grab, pengguna bukan saja dapat mengakses servis pengangkut­an malah lain-lain perkhidmat­an yang memenuhi gaya hidup pengguna seperti tempahan makanan, bayaran pembelian barang dan pemindahan wang.

Selain itu, kerjasama dua pihak itu turut mempelbaga­ikan servis lain seperti pengguna boleh menambah nilai dompet mudah alih itu menerusi Maybank2U.

 ??  ?? CAPTION
PASUKAN Grab dan Maybank selepas majlis kerjasama strategik servis dompet mudah alih GrabPay.
CAPTION PASUKAN Grab dan Maybank selepas majlis kerjasama strategik servis dompet mudah alih GrabPay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia