Harian Metro

MENYAMAR WANITA

- Agensi

 Empat cedera 17 letupan sasar mesin

ATM dan cawangan bank di Selatan Thailand

Anggota kumpulan yang memasang bom di beberapa lokasi dalam serangan di selatan Thailand semalam, dikesan berpakaian seperti wanita dan memakai topi keledar.

Menurut laporan media Thailand, 17 letupan berlaku, termasuk dua letupan di Songkhla yang berlaku hampir serentak dengan letupan di Yala, Narathiwat dan Pattani, menyebabka­n sekurang-kurangnya empat cedera.

Menurut Bangkok Post, letupan berlaku kira-kira 10 hingga 15 minit selepas pemasang bom terbabit beredar.

Pihak berkuasa menganggap ia siri serangan bom yang berlaku pada hari keempat Ramadan, membabitka­n beberapa wilayah bergolak di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla.

Sebahagian besar letupan bermula jam 7 malam itu, menyasarka­n mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) dan cawangan bank.

Menurut Bangkok Post, 17 letupan disahkan setakat ini dan pihak berkuasa Pattani melaporkan lapan letupan berlaku di empat daerah wilayah itu menyebabka­n dua mangsa cedera.

Mangsa dikenali sebagai Sompit Sakoljit, 54, dan Somjit Srisombat, cedera dalam letupan mesin ATM Bank Kasikorn di daerah Muang.

“Keganasan seperti ini berlaku pada setiap tahun ketika sambutan Ramadan,” kata jurucakap keselamata­n wilayah, Kolonel Pramote Prom-in, kepada Reuters.

Sementara itu, di Narathiwat, pihak berkuasa melaporkan dua letupan dan satu serangan tembakan berlaku di dua daerah.

Serangan bom itu menyasarka­n mesin ATM di daerah Rangae dan Bacho, manakala penyerang turut melepaskan tembakan terhadap markas renjer separa tentera, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Di Pattani, beberapa letupan bom berlaku di mesin ATM milik Bank Kasikorn, Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian, Bank Krungthai, Bank Simpanan Kerajaan dan Bank Islam di daerah Panare, Muang, Sai Buri dan Nong Chik.

Dua wanita dan seorang anggota renjer separa tentera dilaporkan cedera dalam kejadian di daerah Muang dan Panare.

 ??  ?? PETIKAN rakaman CCTV menunjukka­n lelaki berpakaian wanita meletakkan bom di mesin ATM di selatan Thailand. - Agensi
PETIKAN rakaman CCTV menunjukka­n lelaki berpakaian wanita meletakkan bom di mesin ATM di selatan Thailand. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia